Home Nasional ADM: Inisiatif memperkukuh potensi, keupayaan komuniti desa
Nasional

ADM: Inisiatif memperkukuh potensi, keupayaan komuniti desa

ADM: Inisiatif memperkukuh potensi, keupayaan komuniti desa

Foto Facebook Datuk Rubiah Wang

SERDANG, 21 November– Anugerah Desa Madani (ADM) anjuran Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) merupakan salah satu inisiatif kerajaan bagi memperkukuh potensi dan keupayaan komuniti luar bandar dalam pelbagai aspek.

Ini termasuk kepimpinan, pendidikan, kemahiran, serta kesejahteraan ekonomi dan sosial.

Menurut Timbalan Menterinya, Datuk Rubiah Wang, ia merupakan satu bentuk usaha dalam mengiktiraf kecemerlangan komuniti desa dalam pembangunan masyarakat.

\”Pertandingan ini merupakan satu usaha KKDW dalam usaha kita memangkinkan lagi, mengukuhkan lagi strategi pembangunan luar bandar berteraskan pembangunan komuniti. Kita menekankan peranan JPKK, JPKKP Orang Asli dan juga JKK. Kita hendak menguatkuasakan ataupun memperkukuhkan peranan pentadbiran dan tatakelola di peringkat akar umbi\”, katanya.

Beliau berkata demikian selepas Majlis Penyampaian Hadiah Anugerah Desa Madani 2024, di Serdang, Selangor.

Sebanyak 115 kampung telah menyertai ADM pada tahun ini, dengan 101 buah kampung adalah bawah kategori Kampung Tradisional dan Rumah Panjang manakala, 14 buah kampung adalah bawah kategori Kampung Orang Asli.

Sebanyak 42 buah kampung telah terpilih sebagai pemenang. Johan pertandingan membawa pulang hadiah wang tunai RM30,000, Naib Johan menerima RM20,000 dan tempat ketiga menerima RM10,000.

Wang yang dimenangi digunakan bagi pembangunan sosio-ekonomi kampung seperti aktiviti ekonomi, keusahawanan, keceriaan, menaiktaraf kemudahan infrastruktur sedia ada dan inovasi serta kreativiti komuniti desa.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....