Thursday , 6 February 2025
Home Nasional ACP Mohamad Farhan Lee Abdullah, Ketua Polis Daerah Kuching yang baharu
Nasional

ACP Mohamad Farhan Lee Abdullah, Ketua Polis Daerah Kuching yang baharu

ACP Mohamad Farhan Lee Abdullah, Ketua Polis Daerah Kuching yang baharu

Upacara serah terima tugas jawatan antara ACP Ahsmon Bajah dan ACP Mohamad Farhan Lee Abdullah disaksikan oleh Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Mancha Ata di Mes Pegawai IPK Sarawak di Kuching

KUCHING, 12 Ogos-Jawatan Ketua Polis Daerah, KPD Kuching kini disandang oleh ACP Mohamad Farhan Lee Abdullah manakala ACP Ahsmon berpindah tugas ke Ibu Pejabat Polis Kontingen Sabah.

Majlis menandatangani nota serah terima tugas jawatan antara ACP Ahsmon Bajah dan ACP Mohamad Farhan Lee Abdullah disaksikan oleh Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Mancha Ata di Mes Pegawai Ibu Pejabat Polis Kontingen Sarawak di Kuching.

ACP Mohamad Farhan berusia 55 tahun berasal dari Perak, mula menyertai Polis DiRaja Malaysia PDRM pada 1993 sebelum ini menyandang jawatan sebagai Ketua Polis Daerah Semporna.

\”Mudah-mudahan saya dapat memikul tanggungjawab ini dan kekalkan mana boleh saya tambahkan. Saya harap saya boleh buat yang terbaik dengan kerjasama masyarakat setempat saya yakin pihak IPD Kuching juga boleh buah terbaik untuk masyarakat setempat,\” kata ACP Mohamad Farhan.

Sementara itu, Datuk Mancha Ata dalam ucapanya berharap pencapaian urus tadbir, penyeliaan dan kepimpinan di IPD Kuching terus dapat ditambah baik pada masa akan datang untuk memberi perkhidmatan terbaik kepada masyarakat.

Related Articles

Banjir di Johor pulih sepenuhnya
Nasional

Banjir di Johor pulih sepenuhnya

FOTO FAIL KOTA TINGGI, 6 Februari – Tiga buah pusat pemindahan sementara...

UM kembalikan senyuman suku kaum Semai di Raub
Nasional

UM kembalikan senyuman suku kaum Semai di Raub

Foto UMKUALA LUMPUR, 6 Februari – Seramai 500 penduduk Orang Asli di...

Isu sewa helikopter RM16.6 bilion akan dijawab 20 Februari
Nasional

Isu sewa helikopter RM16.6 bilion akan dijawab 20 Februari

Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin KUALA LUMPUR, 6 Februari –...

Kepengerusian ASEAN, langkah tangani geopolitik antara fokus Dewan Rakyat hari ini
Nasional

Kepengerusian ASEAN, langkah tangani geopolitik antara fokus Dewan Rakyat hari ini

FOTO FAIL KUALA LUMPUR, 6 Februari – Objektif Kepengerusian ASEAN, langkah menangani...