Home Nasional 97% kadar pusingan kerja libat 3,178 pegawai imigresen
Nasional

97% kadar pusingan kerja libat 3,178 pegawai imigresen

97% kadar pusingan kerja libat 3,178 pegawai imigresen

Zakaria Shaaban

PUTRAJAYA, 27 Januari- Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) telah mencapai kadar pusingan kerja sebanyak 97.94 peratus iaitu 3,178 pegawai yang telah bertukar atau menjalani pusingan tempat kerja di seluruh negara sehingga 31 Dis lepas.

Ketua Pengarahnya Datuk Zakaria Shaaban berkata JIM akan meneruskan pelaksanaan kaedah pusingan kerja kepada pegawai yang telah berkhidmat di sesuatu jawatan selama lima tahun dan ke atas, selaras dengan arahan Ketua Setiausaha Negara (KSN) Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar dalam amanatnya pada 20 Jan lepas.

Katanya pelaksanaan itu mengikut ketetapan Pekeliling Perkhidmatan Bil. 3 Tahun 2004 – Panduan Pertukaran Pegawai Awam dan Pekeliling Imigresen Malaysia Terhad Bil. 1 Tahun 2021 – Panduan Penempatan dan Pertukaran Pegawai dan Kakitangan JIM.

\”Pusingan kerja memang merupakan salah satu fokus utama JIM dan yakin pelaksanaan langkah ini dapat mengatasi masalah salah guna kuasa dan isu integriti.

\”Ia juga selain memberi peluang kepada pegawai untuk menggalas tugas dan tanggungjawab baharu, sekali gus meningkatkan kemahiran dan pengetahuan mereka,\” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Di samping itu, Zakaria berkata JIM juga memandang serius dan tidak berkompromi dengan sebarang pelanggaran integriti oleh pegawainya.

\”Sepanjang tahun 2022 hingga 2024, seramai 241 pegawai telah dikenakan tindakan tatatertib dan 46 orang telah dikenakan tindakan buang kerja,\” katanya.

KSN sebelum ini mengarahkan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) untuk meneliti dan melaksanakan pusingan kerja membabitkan penjawat awam yang berkhidmat lebih lima tahun di kaunter perkhidmatan dalam masa terdekat, memandangkan tempoh itu dilihat terlalu lama dan tidak bersesuaian.

Related Articles

Pemakaian Jalur Gemilang usaha awal didik cinta negara
Nasional

Pemakaian Jalur Gemilang usaha awal didik cinta negara

Dr. Muhammad Shamshinor Abdul AzzisKUALA LUMPUR, 23 April- Langkah mewajibkan pelajar untuk...

Turkiye minat jadi Rakan Dialog Sidang Kemuncak ASEAN 2025
Nasional

Turkiye minat jadi Rakan Dialog Sidang Kemuncak ASEAN 2025

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof dan Menteri Tenaga dan Sumber...

KENDANA, WAJA jalin kerjasama tingkatkan standard penjagaan warga emas
Nasional

KENDANA, WAJA jalin kerjasama tingkatkan standard penjagaan warga emas

Ketua Pegawai Eksekutif KENDANA, Rashidi Yahaya (dua dari kiri) dan Presiden WAJA,...

Beberapa daerah di Selangor banjir, tiada penduduk dipindahkan
Nasional

Beberapa daerah di Selangor banjir, tiada penduduk dipindahkan

Foto hiasan KUALA LUMPUR, 23 April- Beberapa daerah di Selangor dilanda banjir...