Home Nasional 96 mangsa terjejas akibat rumah roboh di Semporna
Nasional

96 mangsa terjejas akibat rumah roboh di Semporna

96 mangsa terjejas akibat rumah roboh di Semporna

Rumah atas air yang roboh di Kampung Simunul Lorong 3 di sini, pagi tadi.

SEMPORNA, 1 Ogos- Seramai 196 mangsa melibatkan 30 keluarga terjejas selepas rumah atas air yang didiami mereka di Kampung Simunul Lorong 3 di sini roboh pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Semporna Superintenden Mohd Farhan Lee Abdullah memaklumkan sebanyak 30 rumah roboh iaitu 28 buah membabitkan 190 mangsa tempatan manakala dua lagi didiami enam warga asing.

\”Kejadian berlaku pada 10.15 pagi bermula dengan dua rumah roboh disusuli rumah lain ekoran struktur rumah yang dibina berdekatan dan bersambung antara satu sama lain,\” menurutnya dalam kenyataan malam ini.

Ujarnya siasatan awal mendapati kejadian berpunca daripada angin kuat dan ombak besar pada 8 Julai lepas yang menyebabkan struktur dua rumah menjadi condong.

Mohd Farhan turut berkata pihaknya menerima 33 laporan berhubung insiden rumah roboh dan kerugian dialami oleh mangsa untuk tindakan lanjut.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....