Monday , 17 February 2025
Home Nasional 92 projek pembangunan di Kelantan akan dimulakan tahun ini
Nasional

92 projek pembangunan di Kelantan akan dimulakan tahun ini

92 projek pembangunan di Kelantan akan dimulakan tahun ini

Pengarah ICU JPM, Jasri Kasim

KOTA BHARU, 18 Julai– Kerajaan meluluskan sebanyak 92 projek baharu di Kelantan dengan peruntukan berjumlah RM2.8 bilion dalam Rolling Plan Ke-4, Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) yang akan dimulakan tahun ini.

Pengarah Jabatan Pembangunan Negeri Kelantan (ICU JPM), Jasri Kasim berkata semua projek berkenaan akan dimulakan selepas prosedur rutin dilakukan termasuk proses tender.

\”Kelantan mendapat peningkatan peruntukan lebih tinggi tahun ini iaitu RM0.24 bilion untuk projek pembangunan Rolling Plan Ke-4 berbanding RM2.5 bilion pada tahun lepas.

\”Terdapat 16 projek utama yang akan dilaksanakan menerusi peruntukan baharu ini termasuk Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu Rancangan Tebatan Banjir Kota Bharu dengan kos kira-kira RM1.06 bilion, projek Sungai Golok Fasa 3 dan kerja menaik taraf jalan di Bandar Baru Tunjong,\” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada Majlis Apresiasi Pejabat Pembangunan Negeri (ICU JPM) 2024 di sini, hari ini.

Jasri berkata projek pembangunan itu juga melibatkan kerja awalan menaik taraf Jalan Salor di sini, pembinaan baharu Sekolah Menengah Kebangsaan Binjai, pembinaan Blok Patologi Tambahan Hospital Raja Perempuan Zainab II, selain membina sistem bekalan air luar bandar di Kampung Manek Urai dan Laloh di Kuala Krai.

Setakat ini katanya kerajaan Persekutuan telah meluluskan 445 projek pembangunan di negeri ini termasuk 92 projek baharu tersebut dan 353 projek sambungan.

Ujarnya berdasarkan prestasi semasa, sebanyak 47.72 peratus atau lebih kurang RM1.1 bilion peruntukan telah dibelanjakan bagi projek-projek terbabit.

Related Articles

99 murid di Klang sertai program gunting rambut percuma
Nasional

99 murid di Klang sertai program gunting rambut percuma

FOTO RTMKLANG, 16 Februari- Seramai 99 murid dan pelajar menyertai program gunting...

"Tingkat kefahaman agama dan budaya, demi keharmonian negara" – Aaron
Nasional

"Tingkat kefahaman agama dan budaya, demi keharmonian negara" – Aaron

Foto FB MenteriKUALA LUMPUR, 16 Februari– Salah satu cabaran terbesar yang dihadapi...

Banjir: Sabah kekal 54 penduduk terjejas pagi ini
Nasional

Banjir: Sabah kekal 54 penduduk terjejas pagi ini

FOTO ARKIB RTMKUALA LUMPUR, 16 Februari- Penduduk terjejas banjir di Sabah kekal...

Arus deras halang laluan, 11 pendaki diselamatkan di Lata Perangin
Nasional

Arus deras halang laluan, 11 pendaki diselamatkan di Lata Perangin

FOTO BOMBA PERAKTANJUNG MALIM, 15 Februari- Empat kanak-kanak antara 11 individu yang...