Thursday , 6 February 2025
Home Nasional 91 murid SK Pulau Gaya keracunan makanan
Nasional

91 murid SK Pulau Gaya keracunan makanan

91 murid SK Pulau Gaya keracunan makanan

(Kanan) Tangkap layar video tular kejadian keracunan makanan melibatkan murid SK Pulau Gaya semalam

KOTA KINABALU, 23 Julai- Seramai 91 murid Sekolah Kebangsaan (SK) Pulau Gaya di sini, Sabah mengalami keracunan makanan, namun tiada kes kritikal dilaporkan.

Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sabah (JPNS), Datuk Raisin Saidin yang mengesahkan perkara itu berkata, kejadian dikesan berlaku sekitar pukul 12.00 tengah hari semalam apabila guru memaklumkan terdapat murid mengalami muntah-muntah dan simptom lain.

\”Maklumat awal yang diperoleh terdapat lebih daripada 20 murid yang terlibat dalam kes keracunan makanan, sebelum siasatan lanjut mendapati terdapat murid lain yang terlibat,\” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Sehubungan itu, Raisin berkata, pihak sekolah mengumpul maklumat murid terlibat dan membawa mereka ke Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Sabah (HWKKS) selain ada yang mendapatkan rawatan di Hospital Queen Elizabeth I (HQEI) serta Klinik Kesihatan Luyang.

\”Pihak sekolah juga memberhentikan pembekalan Rancangan Makanan Tambahan (RMT) serta-merta bagi sesi petang dan menasihatkan ibu bapa atau penjaga agar membawa anak jagaan masing-masing mendapatkan rawatan segera di klinik berhampiran sekiranya terdapat simptom keracunan makanan,\” katanya.

Menurut Raisin Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) menerusi Pegawai Unit Hal Ehwal Murid (HEM) turut bertindak menghubungi pihak sekolah bagi mendapatkan maklumat awal kes.

Beliau berkata, status kesihatan murid terbabit stabil namun memerlukan pemeriksaan dan dalam pemantauan pihak hospital.

Selain itu, katanya tiada kes tahap kritikal dan 90 peratus murid dimasukkan ke hospital untuk pemantauan manakala 10 peratus lagi dibenarkan balik ke rumah.

\”Pihak PPD Kota Kinabalu telah membuat janji temu dengan pasukan Pejabat Kesihatan Kota Kinabalu untuk menjalankan siasatan dan mengambil sampel di sekolah pada hari ini,\” katanya.

Raisin berkata, setakat ini punca keracunan masih dalam siasatan lanjut pihak jabatan kesihatan.

Justeru, JPNS memohon semua ibu bapa atau penjaga melaporkan segera jika ada jagaan masing-masing mengalami simptom keracunan makanan selain jabatan itu juga sentiasa memantau perkembangan kes termasuk meninjau operasi rawatan mangsa di HWKKS.

Related Articles

Banjir di Johor pulih sepenuhnya
Nasional

Banjir di Johor pulih sepenuhnya

FOTO FAIL KOTA TINGGI, 6 Februari – Tiga buah pusat pemindahan sementara...

UM kembalikan senyuman suku kaum Semai di Raub
Nasional

UM kembalikan senyuman suku kaum Semai di Raub

Foto UMKUALA LUMPUR, 6 Februari – Seramai 500 penduduk Orang Asli di...

Isu sewa helikopter RM16.6 bilion akan dijawab 20 Februari
Nasional

Isu sewa helikopter RM16.6 bilion akan dijawab 20 Februari

Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin KUALA LUMPUR, 6 Februari –...

Kepengerusian ASEAN, langkah tangani geopolitik antara fokus Dewan Rakyat hari ini
Nasional

Kepengerusian ASEAN, langkah tangani geopolitik antara fokus Dewan Rakyat hari ini

FOTO FAIL KUALA LUMPUR, 6 Februari – Objektif Kepengerusian ASEAN, langkah menangani...