Home Nasional 872 graduan diraikan dalam Majlis Konvokesyen Huffaz kali ke-9
Nasional

872 graduan diraikan dalam Majlis Konvokesyen Huffaz kali ke-9

872 graduan diraikan dalam Majlis Konvokesyen Huffaz kali ke-9

Sekitar Majlis Konvokesyen Huffaz kali ke-9

KEPALA BATAS, 4 Ogos- Seramai 872 graduan diraikan dalam Majlis Konvokesyen Huffaz kali ke-9 di Dewan Millenium Kepala Batas, pagi tadi.

Lima kategori melibatkan Sijil Hafazan Am, Sijil Isbaq, Sijil Syahadah, Sjil Motivasi Huffaz dan Sijil TVET Islami di serahkan kepada graduan.

Presiden Persatuan Madrasah Tahfiz Al-Quran Malaysia (PERMATA AL-QURAN), Manolito Mohd Dahlan berkata sembilan anugerah tokoh juga turut disampaikan bagi beberapa kategori.

Ini melibatkan Anugerah Khas Permata Al-Quran, Tokoh Huffaz Nusantara, Tokoh Maahad Tahfiz terbaik, Tokoh Mudir Terbaik, Tokoh Guru Terbaik, Tokoh Huffaz Terbaik, Pelajar Huffaz terbaik dan Ikon Huffaz Kebangsaan.

\”Saya mewakili maahad-maahad tahfiz seluruh Malaysia yang berjumlah 1,083 di mana hari ini kita mengadakan Majlis Konvokesyen Huffaz kali ke-9 kita meraikan 782 orang garduan yang terdiri daripada lima kategori,\”katanya.

Beliau ditemui ketika hadir ke Majlis Konvokesyen Huffaz kali ke-9 di Dewan Millenium Kepala Batas.

Sementara itu, penerima Anugerah Tokoh Huffaz Terbaik, Che Wan Hilmy Che Wan Muhammad dari Madrasah An Nabawiyyah Lid Dirasatil Islamiyyah, Jerantut Pahang menzahirkan rasa syukur dengan anugerah yang diterima.

Beliau yang bertugas sebagai mudir di madrasah berkenaan, kini turut mengendalikan lebih 80 orang pelajar.

Tidak hanya tertumpu kepada subjek berbentuk islamiah, beliau turut mengaplikasikan bidang keusahwanan, pertanian, penternakan dan perikanan kepada pelajarnya.

Baginya, kemahiran itu penting untuk membolehkan mereka lebih berdaya saing selepas menamatkan pengajian.

\”Kita juga buka untuk penternakan itik telur, kambing susu, biri-biri dan bidang perikanan, ada tiga jenis yang kami bela, talapia, keli dan patin, dan pelajar-pelajar turut terlibat dalam aktiviti pertanian kami menanam pokok musang king tanam pokok kepalapa,\”katanya.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....