Home Nasional 87 tahanan dihantar pulang minggu ini – JIM
Nasional

87 tahanan dihantar pulang minggu ini – JIM

87 tahanan dihantar pulang minggu ini – JIM

Foto Fail

JOHOR BAHRU, 9 November– 87 tahanan warga asing dari pelbagai negara, dihantar pulang ke negara asal, sepanjang minggu ini melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) 1 dan 2, Sepang, Selangor.

Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Johor dalam kenyataan di Facebook berkata mereka dihantar pulang selepas selesai menjalani hukuman penjara atas pelbagai kesalahan termasuk mengikut Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.

\”Warga asing terlibat merupakan 33 warga Indonesia, 29 warga India, 15 warga Bangladesh, tiga warga Kemboja, tiga warga Vietnam, dua warga China dan seorang warga Thailand serta Mesir,\” kata kenyataan itu.

Kesemua dokumen perjalanan pulang tersebut telah dikeluarkan oleh kedutaan negara masing-masing.

Mereka juga disenarai hitam dalam sistem Jabatan Imigresen dan tidak dibenarkan memasuki semula ke dalam negara, mengikut tempoh ditetapkan.

Kos tiket penerbangan, ditanggung sepenuhnya oleh wang simpanan mereka dan sumbangan daripada ahli keluarga.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....