Thursday , 6 February 2025
Home Nasional 85% usahawan desa MARA dalam kategori PICO
Nasional

85% usahawan desa MARA dalam kategori PICO

85% usahawan desa MARA dalam kategori PICO

Datuk Rubiah Wang pada sidang media selepas merasmikan Program Pendigitalan Usahawan Desa Siri 4 di Kuching

KUCHING, 12 Ogos- Lebih 85 peratus usahawan desa yang berdaftar bawah Majlis Amanah Rakyat, MARA adalah dalam kategori PICO.

Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah KKDW, Datuk Rubiah Wang memberitahu, mereka merupakan antara 67,500 usahawan desa yang aktif bawah agensi tersebut.

Beliau berkata, PICO bermaksud usahawan yang mencatat hasil jualan bawah RM60,000 setahun.

Selain PICO, dua lagi kategori usahawan desa ialah NANO yang merekodkan pendapatan jualan daripada RM60,000 hingga RM150,000 setahun; dan Industri Kecil dan Sederhana IKS yang mencatat hasil jualan RM150,000 ke atas.

\”Sebab itu kita mengadakan program-program untuk daya saing usahawan kita dapat ditingkatkan. Salah satunya selain pembiayaan adalah latihan untuk pendigitalan\”, katanya pada sidang media selepas merasmikan Program Pendigitalan Usahawan Desa Siri 4 di Kuching.

Mengulas lanjut, Datuk Rubiah menjelaskan KKDW sedang mengemaskini ‘dashboard’ senarai usahawan desa mengikut negeri yang berdaftar dan dibimbing oleh agensi-agensi KKDW.

Selain MARA, agensi lain ialah KEMAS, RISDA, FELCRA dan Dewan Usahawan Bumiputera Sarawak.

Related Articles

Banjir di Johor pulih sepenuhnya
Nasional

Banjir di Johor pulih sepenuhnya

FOTO FAIL KOTA TINGGI, 6 Februari – Tiga buah pusat pemindahan sementara...

UM kembalikan senyuman suku kaum Semai di Raub
Nasional

UM kembalikan senyuman suku kaum Semai di Raub

Foto UMKUALA LUMPUR, 6 Februari – Seramai 500 penduduk Orang Asli di...

Isu sewa helikopter RM16.6 bilion akan dijawab 20 Februari
Nasional

Isu sewa helikopter RM16.6 bilion akan dijawab 20 Februari

Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin KUALA LUMPUR, 6 Februari –...

Kepengerusian ASEAN, langkah tangani geopolitik antara fokus Dewan Rakyat hari ini
Nasional

Kepengerusian ASEAN, langkah tangani geopolitik antara fokus Dewan Rakyat hari ini

FOTO FAIL KUALA LUMPUR, 6 Februari – Objektif Kepengerusian ASEAN, langkah menangani...