Home Nasional 76 ‘hotspot’ sampah di Melaka diberi tumpuan sempena Aidilfitri
Nasional

76 ‘hotspot’ sampah di Melaka diberi tumpuan sempena Aidilfitri

76 ‘hotspot’ sampah di Melaka diberi tumpuan sempena Aidilfitri

Foto SWM Environment

MELAKA, 27 Mac- kira-kira 76 lokasi “hotspot” tong sampah berpusat di Melaka akan diberi tumpuan SWM EnvironmentSdn Bhd (SWM Environment) bersempena hari raya Aidilfitri tahun ini.

Pengurus Besarnya, Mohd Norlisam Mohd Nordin berkata, ia melibatkan 37 lokasi di kawasan Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB), 19 lokasi di Majlis Perbandaran Jasin (MPJ), 14 di kawasan Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG) dan 6 di kawasan Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ).

Beliau berkata, operasi khas itu akan bermula esok, 28 Mac sehingga 3 April melibatkan 900 tenaga kerja dan 146 unit jentera pelbagai guna.

Jelasnya,pihaknya akan turut memberi tumpuan kepada operasi berjadual sisa domestik dan pukal, operasi pembersihan di pusat bandar, pantai, tempat awam, medan selera, pasar awam serta tandas awam.

Bagi Operasi Kompaktor, jadual operasi akan diawalkan bermula jam 12 tengah malam pada malam hari raya pertama dan kedua.

Related Articles

JPJ Kedah sita lori disyaki seludup diesel ke negara jiran
Nasional

JPJ Kedah sita lori disyaki seludup diesel ke negara jiran

FOTO JPJ KEDAHTUNJANG, 10 April- Sebuah lori yang dipercayai terlibat dalam aktiviti...

Angka korban rakyat Palestin meningkat lebih 50,000 orang
Nasional

Angka korban rakyat Palestin meningkat lebih 50,000 orang

Serangan terbaharu Israel di Shujaiyya, Bandar Gaza/ AFPGAZA, 10 April– Kementerian Kesihatan...

Lawatan kerja: Mohamad Alamin ke Turkiye, Azerbaijan
Nasional

Lawatan kerja: Mohamad Alamin ke Turkiye, Azerbaijan

Timbalan Menteri Luar Negeri, Datuk Mohamad Alamin PUTRAJAYA, 10 April – Timbalan...

Banjir Johor: 96 keluarga masih terjejas
Nasional

Banjir Johor: 96 keluarga masih terjejas

Foto BERNAMAKUALA LUMPUR, 10 April- Seramai 290 orang daripada 96 keluarga terjejas...