Home Nasional 66 penduduk terjejas banjir di Perak
Nasional

66 penduduk terjejas banjir di Perak

66 penduduk terjejas banjir di Perak

Hujan lebat berterusan di daerah Larut, Matang dan Selama menyebabkan kawasan sekitar dinaiki air

IPOH, 22 November – Satu Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Dewan Orang Ramai Simpang Halt di daerah Larut, Matang dan Selama dibuka selepas daerah tersebut dilanda banjir malam tadi.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri menerusi kenyataan berkata, PPS itu menempatkan 66 penduduk terjejas banjir daripada 23 keluarga.

Sementara itu, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) melaporkan paras air Sungai Rui di Jambatan Jalan Raya Perak (RHN), Hulu Perak mencatat tahap amaran iaitu setinggi 165.55 meter (m) berbanding paras normal 165.10 m.

Sementara itu, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan cuaca di Perak berlaku ribut petir dan hujan pada sebelah petang serta malam.

Kebanyakan daerah yang terlibat adalah Larut, Matang dan Selama, Kerian, Perak Tengah, Hilir Perak, Kuala Kangsar serta Kinta.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....