Home Nasional 62 unit PPRS Bina Baharu diluluskan di N. Sembilan
Nasional

62 unit PPRS Bina Baharu diluluskan di N. Sembilan

62 unit PPRS Bina Baharu diluluskan di N. Sembilan

Datuk Seri Jalaludin Alias

SEREMBAN, 26 Disember- Sebanyak 62 unitProgram Perumahan Rakyat Sejahtera (PPRS) Bina Baharu diluluskan di negeri itu memenuhi syarat utama iaitu berdaftar dengan sistem e-Kasih dan diperakukan serta disahkan layak oleh Mesyuarat Focus Group Pembasmian Kemiskinan Peringkat Daerah (FGD).

Exco Kanan Kerajaan Negeri Sembilan Datuk Seri Jalaludin Alias berkata, sejumlahRM4.8 juta diperuntukkan bawah PPRS Bina Baharu di Negeri Sembilan bagi tahun 2024.

\”PPRS merupakan penjenamaan semula dengan keluasan lebih besar sebanyak 680 kaki per segi dan mempunyai reka bentuk lebih menarik.

\”Di Negeri Sembilan berbaki kira-kira 200 hingga 500 rumah lagi diperlukan untuk PPRS. Ia tidak termasuk masyarakat orang asli yang kita jangka iaitu 127. Jadi saya harap ia dapat diselesaikan tempoh penggal ini dalam 80 ke 70 peratus,\” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Penyerahan Surat Penerimaan Program Perumahan Rakyat Sejahtera Bina Baharu Bagi Negeri Sembilan 2024 di sini.

Dalam pada itu, sebanyak 30 unit rumah bawah program berkenaan lulus menerima peruntukan sebanyak RM20,000 untuk kerja-kerja baik pulih.

Program Perumahan Rakyat Sejahtera (PPRS) merupakan salah satu program pembasmian kemiskinan luar bandar yang menyediakan bantuan bina baharu atau pembaikan rumah kepada golongan miskin dan miskin tegar.

Ia bagi memastikan golongan itu memiliki kediaman selamat dan selesa serta memastikan kumpulan sasar berkenaan dapat meneruskan kelangsungan hidup dengan lebih baik.

Related Articles

49 PATI ditahan Imigresen dalam operasi di Nilai
Nasional

49 PATI ditahan Imigresen dalam operasi di Nilai

Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Imigresen, Jafri Embok Taha / Foto RTMNILAI, 26...

Fadillah sasar TBB negara capai 70 peratus menjelang 2050
Nasional

Fadillah sasar TBB negara capai 70 peratus menjelang 2050

Foto Facebook Datuk Seri Fadillah YusofLONDON, 25 April- Sasaran tenaga boleh baharu...

Pelan Hala Tuju Grid Tenaga ASEAN, sasar kerjasama semua negara anggota
Nasional

Pelan Hala Tuju Grid Tenaga ASEAN, sasar kerjasama semua negara anggota

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof / BERNAMALONDON, 25 April– Tumpuan...

Langkah proaktif cari pasaran baharu perkukuh daya saing peringkat global
Nasional

Langkah proaktif cari pasaran baharu perkukuh daya saing peringkat global

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Majlis Sambutan Aidilfitri MADANI Tahun...