Home Nasional 5,000 pengunjung hadir meriahkan Program Sambutan Bulan Kebangsaan
Nasional

5,000 pengunjung hadir meriahkan Program Sambutan Bulan Kebangsaan

5,000 pengunjung hadir meriahkan Program Sambutan Bulan Kebangsaan

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang 2024 di Cyber Event Hall/ BERNAMA

CYBERJAYA, 21 Julai– Program Sambutan Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang 2024, yang dilancar hari ini, berkonsep Karnival Rakyat menepati ramalan atau jangkaan, sasaran 5,000 pengunjung.

Tinjauan RTM mendapati ribuan pengunjung membanjiri lokasi karnival, simbolik bagi menzahirkansemangat patriotisme dalam kalangan rakyat Malaysia.

Ini merupakan program pembuka tirai dan petanda bermulanya Sambutan Bulan Kebangsaan dan Hari Malaysia tahun ini, sejurus Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim melancarkan Sambutan Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang 2024 di CyberEvent Hall Cyberjaya yang dijadual petang ini.

Program yang diberi suntikan berkonsep Karnival Rakyat tersebut bermula seawal 9.00 pagi sehingga 4.30 petang.

Pelbagai pengisian menarik dan bermanfaatdisajikan kepada para pengunjung termasuk pameran kemerdekaan, aktiviti interaktif kenegaraan, kuiz, persembahan patriotik dan sebagainya.

Sejurus ketibaan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim serta barisan tetamu kehormat, para pengunjung disajikan dengan persembahan \’Citra Malaysia MADANI\’, yang mengetengahkan inisiatif-inisiatif Kerajaan dalam bentuk penyampaian bicara berirama, melibatkan 50 warga kerja Jabatan Penerangan (JAPEN).

Ia disusuli pelancaran dan pelepasan konvoi Kembara Merdeka Jalur Gemilang, secara \’flag off\’ oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim. Acara ini disertai seramai 90 orang, melibatkan 65 kenderaan terdiri daripada 50 unit motorsikal berkuasa tinggi dari Kelab Suzuki V-Strom Malaysia, empat unit motorsikal Polis Diraja Malaysia (PDRM), empat unit kenderaan JAPEN dan lima unit kenderaan agensi, komuniti dan pertubungan bukan kerajaan (NGO) Selangor.

Dalam pada itu, tinjauan RTM mendapati kaunter saman PDRM sesak dengan pengunjung, susulan tawaran pengurangan kadar saman sehingga 50 peratus yang dilaksanakan PDRM.

Terdapat juga Jualan Kombo Agro MADANI dan Jualan Ehsan Rahmah MADANI yang menawarkan pelbagai barangan keperluan asas harian dengan harga yang lebih rendah.

Ini merupakan program serampang dua mata yang menawarkan program bermanfaat dan menyantuni kebajikan rakyat serta pada masa sama, menyuntik semangat cintakan negara sekali gus menghargai kemerdekaan yang kita nikmati lebih enam dekad.

Related Articles

Banjir di Johor pulih sepenuhnya
Nasional

Banjir di Johor pulih sepenuhnya

FOTO FAIL KOTA TINGGI, 6 Februari – Tiga buah pusat pemindahan sementara...

UM kembalikan senyuman suku kaum Semai di Raub
Nasional

UM kembalikan senyuman suku kaum Semai di Raub

Foto UMKUALA LUMPUR, 6 Februari – Seramai 500 penduduk Orang Asli di...

Isu sewa helikopter RM16.6 bilion akan dijawab 20 Februari
Nasional

Isu sewa helikopter RM16.6 bilion akan dijawab 20 Februari

Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin KUALA LUMPUR, 6 Februari –...

Kepengerusian ASEAN, langkah tangani geopolitik antara fokus Dewan Rakyat hari ini
Nasional

Kepengerusian ASEAN, langkah tangani geopolitik antara fokus Dewan Rakyat hari ini

FOTO FAIL KUALA LUMPUR, 6 Februari – Objektif Kepengerusian ASEAN, langkah menangani...