Wednesday , 23 April 2025
Home Nasional 500 pelajar terima bantuan persekolahan di Kuala Pilah
Nasional

500 pelajar terima bantuan persekolahan di Kuala Pilah

500 pelajar terima bantuan persekolahan di Kuala Pilah

Timbalan Menteri Hal Ehwal Agama, Senator Dr. Zulkifli Hassan menghadiri Program Jom ke Sekolah 2025 di Kuala Pilah hari ini/Foto Facebook Dr. Zulkifli

KUALA PILAH, 11 Februari – Seramai 500 pelajar daripada keluarga asnaf dan golongan kurang berkemampuan di Kuala Pilah menerima bantuan barangan asas persekolahan bernilai RM175 setiap seorang.

Timbalan Menteri Hal Ehwal Agama, Senator Dr. Zulkifli Hassan berkata, jumlah keseluruhan bantuan itu memperuntukan sebanyak RM87,500.

Bantuan tersebut disalurkan menerusi Program Jom ke Sekolah 2025, anjuran Pertubuhan Kuala Pilah Madani dengan kerjasama Yayasan Taqwa, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) dan ABIM Kuala Pilah.

Program itu menyasarkan pelajar daripada keluarga B40 serta anak yatim di daerah berkenaan.

\”Alhamdulillah, ini merupakan inisiatif tambahan selain bantuan awal persekolahan kerajaan. Yayasan Taqwa turut menyumbang keperluan seperti pakaian, kasut, dan tudung. Kita dapat melihat keceriaan di wajah anak-anak yang menerima pakaian baharu hari ini,\” katanya selepas merasmikan majlis penyampaian bantuan tersebut.

Beliau menyifatkan inisiatif itu sebagai pelengkap kepada bantuan awal persekolahan yang diberikan kerajaan.

Sementara itu, mengulas mengenai penggantungan tugas empat khatib di Perak kerana tidak menggunakan teks khutbah yang disediakan, beliau menegaskan bahawa pihak berkuasa agama negeri mempunyai autoriti penuh dalam perkara tersebut dan telah menjalankan siasatan terbaik.

Sebelum ini, empat khatib yang juga imam masjid di Perak digantung tugas sementara selepas menyampaikan khutbah Jumaat yang tidak dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) pada 31 Januari lalu.

Related Articles

Lawatan kerja rasmi TPM, Zahid bakal bertemu Prabowo
Nasional

Lawatan kerja rasmi TPM, Zahid bakal bertemu Prabowo

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi/BERNAMAJAKARTA, 22 April– Timbalan...

KKM keluar 37,381 kesalahan merokok dikeluarkan setakat 31 Mac
Nasional

KKM keluar 37,381 kesalahan merokok dikeluarkan setakat 31 Mac

Foto failKUALA TERENGGANU, 22 April – Sebanyak 37,381 notis atas pelbagai kesalahan...

Penyampaian konteks pembangunan wakaf lebih mudah dengan bantuan media
Nasional

Penyampaian konteks pembangunan wakaf lebih mudah dengan bantuan media

Foto Facebook Datuk Dr. Mohd Naim MokhtarPUTRAJAYA, 22 April- Platform media merupakan...

JKN Perlis sahkan insiden lelaki menyamar Penolong Pegawai Perubatan di HTF
Nasional

JKN Perlis sahkan insiden lelaki menyamar Penolong Pegawai Perubatan di HTF

Hospital Tuanku FauziahKANGAR, 21 April- Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Perlis mengesahkan insiden...