Wednesday , 12 March 2025
Home Nasional 50 murid kurang berkemampuan terima sumbangan persekolahan
Nasional

50 murid kurang berkemampuan terima sumbangan persekolahan

50 murid kurang berkemampuan terima sumbangan persekolahan

Datuk Ameer Ali Mydin

SUBANG JAYA, 8 Februari- Seramai 50 murid daripada keluarga B40 menerima sumbangan bantuan persekolahan bawah Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR), MYDIN Prihatin.

Pengarah Urusan Mydin, Datuk Ameer Ali Mydin berkata, penerima itu merupakan dari kawasan Parlimen Petaling Jaya dan mereka merupakan sebahagian daripada 800 pelajar kurang berkemampuan yang diraikan menerusi program itu.

\”Setiap tahun Pasar Raya Mydin melakukan sumbangan Back2School. Kali ini kita memberikan sumbangan kepada 800 pelajar secara keseluruhannya.

\”Tetapi masih banyak lagi aktiviti yang akan dilakukan dan kita akan bekerjasama dengan beberapa badan bukan kerajaan (NGO) untuk menjayakan perkara ini,\” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyampaikan sumbangan kepada 800 pelajar pada Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR), MYDIN Prihatin di sini.

Setiap penerima mendapat bantuan set kelengkapan persekolahan bernilai RM150.

Dalam pada itu beliau juga berharap agar inisiatif itu dapat mengurangkan beban perbelanjaan kumpulan sasaran, terutama menjelang sambutan Ramadan.

Pada masa sama beliau optimis akan meneruskan program sama di beberapa lokasi termasuk di Pahang, Terengganu dan Sabah.

Related Articles

PM dijadual terima kunjungan hormat Duta AS ke Malaysia petang ini
Nasional

PM dijadual terima kunjungan hormat Duta AS ke Malaysia petang ini

FOTO FACEBOOK Anwar IbrahimPUTRAJAYA, 11 Mac- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim...

PM tegaskan keselamatan siber kekal jadi keutamaan negara
Nasional

PM tegaskan keselamatan siber kekal jadi keutamaan negara

Foto hiasan/ BERNAMAPerdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan keselamatan siber kekal...

PM hargai pandangan ulama Kelantan, tekankan perpaduan ummah
Nasional

PM hargai pandangan ulama Kelantan, tekankan perpaduan ummah

FOTO FACEBOOK Anwar IbrahimPUTRAJAYA, 11 Mac- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim...

Perkenal bantuan mikro rendah perkasa peniaga bazar Ramadan
Nasional

Perkenal bantuan mikro rendah perkasa peniaga bazar Ramadan

Foto hiasan/Arkib BernamaSERDANG, 11 Mac -Kerajaan disaran mengambil pendekatan lebih strategik untuk...