Home Nasional 50 buah kenderaan berkonvoi dalam program Kembara Jiwa Merdeka di Kedah
Nasional

50 buah kenderaan berkonvoi dalam program Kembara Jiwa Merdeka di Kedah

50 buah kenderaan berkonvoi dalam program Kembara Jiwa Merdeka di Kedah

Foto FB MB Kedah

ALOR SETAR, 2 Ogos– Hampir 50 buah kenderaan mewakili jabatan dan agensi kenderaan menyertai Kembara Jiwa Merdeka peringkat Negeri Kedah.

Konvoi tersebut akan menjelajah menjelajah di kesemua 12 daerah di Kedah bagi memeriahkan sambutan Hari Kebangsaan ke-67 .

Wisma Darul Aman dipilih sebagai lokasi sambutan bagi Pelancaran Kempen Kibar Jalur Gemilang dan Pelepasan Kembara Jiwa Merdeka Sempena Sambutan Hari Kebangsaan Peringkat Negeri Kedah Darul Aman Tahun 2024.

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Agama, Komunikasi dan Penerangan Negeri, Datuk Mohd Azam Abd Samat berkata sambutan melibatkan penyertaan seluruh rakyat, mengibarkan bendera Jalur Gemilang di merata-rata tempat seperti kawasan perumahan, kediaman, pejabat dan sekolah.

Beliau yang juga Pengerusi Majlis Pelancaran Kempen Kibar Jalur Gemilang dan Kembara Jiwa Merdeka berkata suasana sebegitu bertujuan meningkatkan semangat patriotisme selain meneruskanperjuangan dalam mengekalkan kebebasan yang dikecapi sejak 31 Ogos 1957.

Majlis pelepasan konvoi disempurnakan oleh Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md.Noor.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....