NILAI, 26 April-Seramai 49 Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) ditahan oleh Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Negeri Sembilan atas pelbagai kesalahan di sekitar Desa Palma di sini malam tadi (Jumaat).
Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Imigresen, Jafri Embok Taha berkata dalam serbuan sekitar pukul 8.30 malam itu, seramai 260 orang telah diperiksa.
\”Dari segi pecahannya kalau saya boleh sebutkan di sini yg seramai 49 orang yang kita tahan itu adalah melibatkan Warganegara Indonesia (2) orang lelaki dan (4) orang perempuan, Bangladesh ada (7) orang lelaki daripada Myanmar ada (14) orang lelaki , Nepal (4) orang lelaki, India (8) lelaki dan (1) wanita, Pakistan (5) orang lelaki, Nigeria (2) orang lelaki dan Yamen melibatkan (2) orang lelaki\”, katanya demikian ketika ditemui media pada Operasi Penguatkuasaan (JIM) Negeri Sembilan di sini.
Antara kesalahan yang dilakukan adalah tidak mempunyai sebarang pas dan dokumen yang sah termasuk tinggal melebihi tempoh yang dibenarkan.
Kes disiasat mengikut Akta Imigresen 1959/63 di bawah Seksyen 15(1)(c) dan Seksyen 6(1)(c).
Kesemua tahanan akan ditempatkan di Depot Imigresen Lenggeng untuk siasatan dan tindakan susulan.