Home Nasional 4,683 penduduk terjejas banjir di enam negeri, Kedah rekod angka tertinggi
Nasional

4,683 penduduk terjejas banjir di enam negeri, Kedah rekod angka tertinggi

4,683 penduduk terjejas banjir di enam negeri, Kedah rekod angka tertinggi

GAMBAR FAIL FOTO RTM

KUALA LUMPUR, 15 Oktober– Seramai 4,683 penduduk terjejas banjir daripada 1,461 keluarga di enam negeri kini berlindung di 39 Pusat Pemindahan Sementara (PPS).

Menurut kemas kini Info Bencana JKM setakat 8.19 pagi, enam negeri terjejas melibatkan Kedah, Perak, Pahang, Melaka, Johor dan Selangor.

Jumlah penduduk terjejas tertinggi direkodkan di Kedah iaitu 1,680 penduduk daripada 533 keluarga ditempatkan 13 PPS di empat daerah iaitu Baling, Pendang, Kota Setar dan Pokok Sena.

Diikuti Pahang, 1,282 penduduk daripada 373 keluarga berlindung di 6 PPS yang dibuka di daerah Temerloh.

Manakala, Perak mencatatkan penduduk terjejas seramai 1,246 orang daripada 409 keluarga yang ditempatkan di 11 PPS di lima daerah terkesan iaitu Kuala Kangsar, Hulu Perak, Muallim, Kerian dan Hilir Perak.

Seterusnya, seramai 243 penduduk daripada 81 keluarga direkodkan di Melaka yang berlindung di empat PPS yang dibuka di daerah Jasin.

Di Johor pula, 199 penduduk daripada 57 keluarga ditempatkan di empat PPS di tiga daerah iaitu Kulai, Kluang dan Batu Pahat.

Dan Selangor mencatatkan 33 penduduk daripada 8 keluarga yang kini berlindung di satu PPS di Hulu Selangor.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....