Home Nasional 45 kampung dari muara Sungai Terengganu diminta berwaspada
Nasional

45 kampung dari muara Sungai Terengganu diminta berwaspada

45 kampung dari muara Sungai Terengganu diminta berwaspada

Rakaman kamera CCTV pemantauan banjir JPSNT di Jambatan Gong Terap, Setiu pada pukul 6.45 petang tadi/Foto JPSNT

KUALA TERENGGANU, 29 Disember – Penduduk di 45 kampung dalam lingkungan lima kilometer dari muara Sungai Terengganu diminta sentiasa bersiap siaga sepanjang tempoh fenomena air pasang besar, yang dijangka berlaku dari hari ini hingga Selasa depan.

Ketua Penolong Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Terengganu, Nadiah Abd Kadir, berkata, ini kerana kawasan tersebut berisiko mengalami banjir sekiranya hujan lebat berlaku serentak dengan fenomena itu.

Maklumat daripada Pusat Hidrografi Nasional menunjukkan ombak dijangka mencecah ketinggian antara 2.6 meter hingga 2.7 meter bermula pukul 9.00 malam di Kuala Terengganu.

Dalam tempoh sama, stesen cerapan di Kemaman mencatatkan paras air pasang besar antara 3.0 meter hingga 3.4 meter.

\”Penduduk sekitar muara Sungai Terengganu perlu sentiasa mendengar arahan pihak berkuasa dan mengambil langkah berjaga-jaga bagi mengelakkan risiko yang lebih besar.

\”Penduduk perlu menyesuaikan diri atau bersedia menghadapi situasi fenomena air pasang besar. Pihak berkuasa akan sentiasa memberikan maklumat terkini dan penduduk disarankan untuk mendengar serta mengikuti arahan yang diberikan bagi memastikan keselamatan mereka,\” katanya ketika ditemui RTM.

Terdahulu, Nadiah melawat kawasan Kampung Hiliran, yang terletak tiga km dari muara Sungai Terengganu yang dikenal pasti sebagai berisiko banjir.

Mengulas lanjut, beliau turut memaklumkan bahawa situasi banjir di Hulu Terengganu berpunca daripada hujan lebat yang mencatatkan lebih 100 milimeter sehari, meningkatkan risiko limpahan air sungai.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....