Home Nasional 44 penduduk terjejas banjir di Pahang setakat 11 malam
Nasional

44 penduduk terjejas banjir di Pahang setakat 11 malam

44 penduduk terjejas banjir di Pahang setakat 11 malam

Kampung Paya Garuk terputus hubungan akibat dinaiki air/Foto APM Pahang

MARAN, 11 Disember – Seramai 44 penduduk terjejas akibat banjir di daerah Maran dan Jerantut telah dipindahkan ke tiga Pusat Pemindahan Sementara (PPS) setakat pukul 11 malam tadi.

Menurut Portal InfoBencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), daerah Jerantut mencatatkan jumlah mangsa tertinggi dengan 40 orang ditempatkan di dua PPS, iaitu di PPS SK Teh dan PPS Tebing Tinggi.

Sementara itu, di daerah Maran, empat penduduk dipindahkan ke PPS Bangunan Bengkel Wanita Kampung Bak-Bak.

Berdasarkan laman web Public Infobanjir Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), tiga sungai utama di Pahang masih berada pada aras bahaya.

Antaranya melibatkan Sungai Pahang di Kuala Tembeling dan Sungai Pahang di Jerantut Feri di Jerantut, serta Sungai Luit di Kampung Subuh, Maran.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....