Home Nasional 40,000 benih ikan air tawar dilepaskan di Perairan Sungai Kampung Kuala Paya
Nasional

40,000 benih ikan air tawar dilepaskan di Perairan Sungai Kampung Kuala Paya

40,000 benih ikan air tawar dilepaskan di Perairan Sungai Kampung Kuala Paya

FOTO FB Zahari Sarip

SEGAMAT, 2 November- Sebanyak 40,000 benih ikan air tawar seperti ikan baung dan lampam sungai dilepaskan di Perairan Sungai Kampung Kuala Paya, Buloh Kasap, Segamat, Johor, semalam, menerusi Program Pelepasan Benih Ikan Air Tawar.

Exco Pertanian, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar, Datuk Zahari Sarip berkata program berkenaan bertujuan mengkonservasi sumber bagi membantu meningkatkan stok perikanan darat.

Selepas tiga hingga enam bulan pelepasan, para nelayan darat setempat boleh memperoleh hasilnya sekali gus dapat menjana pendapatan.

Sebelum ini, Jabatan Perikanan Negeri Johor telah melepaskan kira-kira 250,000 benih ikan dan udang di perairan Segamat melibatkan Kampung Tekam, Kampung Chodan dan Kuala Paya.

Sehingga Oktober lalu, Kerajaan Negeri menerusi Jabatan Perikanan telah melaksanakan program pelepasan umum dan lebih 1 juta ekor benih ikan air tawar spesis kelah, tengas, udang galah dan lain-lain ke perairan sungai di Johor.

Beliau berharap usaha yang dilakukan dapat memastikan kelestarian sumber perikanan darat di Johor tercapai demi kebaikan bersama.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....