Home Nasional 40 pegawai, anggota polis kawal keselamatan, kelancaran proses sebat
Nasional

40 pegawai, anggota polis kawal keselamatan, kelancaran proses sebat

40 pegawai, anggota polis kawal keselamatan, kelancaran proses sebat

Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Terengganu menjatuhkan hukuman pada 20 November lalu dengan enam kali sebatan di khalayak ramai selepas lelaki itu mengaku salah atas kesalahan khalwat berulang mengikut Seksyen 31 (a) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) (Terengganu) Pindaan 2022 kerana berkhalwat

KUALA TERENGGANU, 25 Disember- Polis akan menempatkan kira-kira 40 pegawai dan anggota di Masjid Al-Muktafi Billah Shah (Masjid Ladang) bagi mengawal keselamatan dan kelancaran proses hukuman sebat pada Jumaat ini.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu Asisten Komisioner (ACP) Azli Mohd Noor dalam satu kenyataan memaklumkan, pihaknya tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas kepada mana-mana individu atau kumpulan yang cuba mencetuskan provokasi kepada petugas atau pesalah pada hari tersebut.

\”Hanya 70 individu sahaja dibenarkan memasuki ruangan tempat hukuman sebat dijalankan.

\”Saya ingin menasihati orang ramai yang hadir di Masjid Ladang pada Jumaat ini supaya keluar dengan segera setelah selesai menunaikan solat Jumaat,\” menurut kenyataan itu.

Dalam pada itu orang ramai turut diingatkan agar tidak berkumpul di luar atau di sekitar perkarangan masjid kerana dikhuatiri boleh mengganggu kelancaran proses hukuman.

\”Sebarang rakaman tidak dibenarkan. Pihak polis akan melakukan pemeriksaan bagi memastikan tiada alatan elektronik atau telekomunikasi di bawa masuk ke ruangan hukuman. Hukuman telah diputuskan. Saya mohon supaya semua pihak menghormati undang-undang dan tidak melakukan kekacauan,\” tambah kenyataan itu.

Jumaat ini, tukang rumah Mohd Affendi Awang, 42, akan menjadi individu pertama di Terengganu dihukum dengan enam kali sebatan di khalayak ramai.

Hukuman itu diputuskan Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Terengganu pada 20 November lalu selepas lelaki itu mengaku salah atas kesalahan khalwat berulang mengikut Seksyen 31 (a) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) (Terengganu) Pindaan 2022 kerana berkhalwat.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....