Home Nasional 38 anak peneroka dan staf FELDA terima biasiswa Program GDL
Nasional

38 anak peneroka dan staf FELDA terima biasiswa Program GDL

38 anak peneroka dan staf FELDA terima biasiswa Program GDL

Pengerusi FELDA, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek menyerahkan tajaan kepada salah seorang penerima

KUALA LUMPUR, 24 Julai- Seramai 38 pelajar lepasan SPM 2023 terpilih menerima biasiswa tajaan bawah Program GDL

Penerima terdiri daripada anak-anak peneroka serta kakitangan Kumpulan Felda.

Pengerusi FELDA, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, lebih RM4 juta diperuntukkan bagi inisiatif kohort ketiga itu.

Kesemua penerima akan memulakan pengajian Ijazah Sarjana Muda dalam bidang IT dan Teknologi dikendalikan Asia Pacific University of Technology & Innovation (APU).

\”Kita mengharapkan mereka dapat menyumbangkan kembali buah fikiran mereka kepada FELDA sebab kita bercakap FELDA bukan sekadar sawit sahaja tetapi sudah mempelbagaikan dirinya dan bidang-bidang yang dikaitkan dengan masyarakat FELDA itu, kesihatannya, komunitinya, keushahawanannya.

\”Apabila kita sudah tiba pada generasi ke empat, kelima, terdapat masalah baharu. Setiap masalah itu perlukan penyelesaian baharu,\”katanya.

Beliau berharap inisiatif pendidikan itu akan melahirkan generasi baharu FELDA berpengetahuan tinggi dan mahir dalam bidang digital.

Datuk Seri Ahmad Shabery berkata demikian selepas majlis penyerahan tajaan program berkenaan.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....