Home Nasional 3,390 pelajar MRSM terima manfaat Program Budi MARA
Nasional

3,390 pelajar MRSM terima manfaat Program Budi MARA

3,390 pelajar MRSM terima manfaat Program Budi MARA

Seramai 3,390 pelajar Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) menerima manfaat menerusi inisiatif Program Budi MARA sepanjang tahun lalu / Foto Hiasan

KUALA LUMPUR, 19 Mac – Seramai 3,390 pelajar Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) menerima manfaat menerusi inisiatif Program Budi MARA sepanjang tahun lalu.

Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Datuk Rubiah Wang berkata inisiatif tersebut dilaksanakan bagi menyediakan peluang pendidikan yang saksama serta membangunkan pasaran pekerjaan yang mampan, khusus untuk pelajar luar bandar.

Selain itu, MARA turut memperkasa pembangunan modal insan dengan memperluaskan laluan kerjaya serta memastikan jaminan peluang pekerjaan kepada graduan.

Langkah tersebut termasuk memberi kemahiran dalam bidang teknologi baharu kepada pelajar.

“MARA juga melaksanakan program Career Crafting dengan kerjasama pihak industri bagi memberi peluang penempatan pekerjaan kepada graduan. Program ini dijalankan di empat zon utama iaitu Utara, Timur, Tengah, dan Selatan. Pada tahun 2024, seramai 2,034 pengunjung telah menerima tawaran kerja menerusi program ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan Senator Datuk Abdul Halim Suleiman di Dewan Negara, di sini.

Related Articles

Selangor mesyuarat khas teliti haramkan jual vape
Nasional

Selangor mesyuarat khas teliti haramkan jual vape

Gambar hiasanSHAH ALAM, 25 April – Kerajaan Negeri Selangor sedang meneliti secara...

AirBorneo aspirasi Sarawak perkukuh hubungan serantau – Abang Johari
Nasional

AirBorneo aspirasi Sarawak perkukuh hubungan serantau – Abang Johari

Premier Tan Sri Abang Johari Tun Openg/Foto UKASKUCHING, 25 April – Syarikat...

Kuala Selangor, Segamat masih terjejas banjir
Nasional

Kuala Selangor, Segamat masih terjejas banjir

Foto BERNAMAKUALA LUMPUR, 25 April- Seramai 369 orang daripada 87 keluarga terjejas...

IEA sedia bantu Malaysia dalami, kaji penggunaan tenaga nuklear
Nasional

IEA sedia bantu Malaysia dalami, kaji penggunaan tenaga nuklear

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah YusofLONDON, 23 April – Agensi Tenaga...