Home Nasional 31 NADI siap dibina di Pulau Pinang
Nasional

31 NADI siap dibina di Pulau Pinang

31 NADI siap dibina di Pulau Pinang

Teo Nie Ching

GEORGE TOWN, 28 Julai- Sebanyak 31 Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) bawah inisiatif 1 DUN 1 NADI siap dibina di Pulau Pinang.

Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching berkata, pihaknya komited uintuk memastikan baki tujuh lagi NADI yang dirancang di negeri itu untuk beroperasi sebelum hujung tahun ini.

Menerusi pengoperasian kesemua NADI di negeri itu ia bakal memberikan latihan pelbagai bidang kepada masyarakat terutama golongan B40.

Dalam pada itu pelbagai program turut dirangka khusus buat pelajar sekolah bagi memberi pendedahan berkenaan pelbagai jenayah melibatkan media sosial.

\”…dan kami ada menyediakan program untuk pelajar sekolah membabitkan isu buli siber selain memberi pendedahan terhadap penggunaan media sosial.

\”Jadi penyediaan fasiliti seperti ini akan menggalakkan komumiti tempatan untuk datang ke sini selain menawarkan pelbagai kursus kepada penduduk setempat,\” katanya kepada pemberita selepas melawat NADI Pengkalan Kota di sini.

Setakat ini, terdapat 1,097 NADI di seluruh negara dan daripada jumlah itu sebanyak 950 NADI telah beroperasi dan baki 147 masih dalam pelaksanaan.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....