Home Nasional 3,000 ahli skuad Waja Perlis, jadi ‘mata-mata’ PDRM
Nasional

3,000 ahli skuad Waja Perlis, jadi ‘mata-mata’ PDRM

3,000 ahli skuad Waja Perlis, jadi ‘mata-mata’ PDRM

FOTO BERNAMA

ARAU, 2 September – Perlis merekodkan hampir 3,000 ahli skuad Wanita Anti Jenayah (Waja) setakat ini.

Ia berperanan sebagai ‘mata-mata’ kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam usaha menangani kes jenayah seksual.

Pengarah Pejabat Pembangunan Wanita Perlis P Kalai Kumar berkata skuad Waja terdiri daripada sukarelawati berusia 18 tahun ke atas yang dilatih untuk membantu masyarakat menjadi pemberi maklumat pertama kepada pihak berkuasa.

\”Skuad Waja ini merupakan sukarelawati dalam kalangan rakyat Malaysia berumur 18 tahun ke atas.

\”Kita latih untuk membantu komuniti menjadi pemberi maklumat pertama melaporkan isu terutama jenayah seksual kepada PDRM,\” katanya kepada pemberita selepas perasmian dialog awam ‘Jenayah Seksual Tanggungjawab Bersama’ oleh Timbalan Ketua Polis Perlis SAC Baderulhisham Baharudin.

Kalai Kumar berkata antara faktor jenayah seksual terus meningkat adalah disebabkan mangsa takut untuk membuat laporan polis.

Sementara itu, Baderulhisham dalam ucapannya berkata sebanyak 32 kes jenayah seksual dilaporkan di Perlis bagi tempoh Januari hingga Jun lepas, melibatkan pelajar sekolah rendah dan menengah serta pusat pengajian tinggi.

\”Bagi kes sumbang mahram, seks luar tabii dan kesalahan seksual terhadap kanak-kanak turut melibatkan pelajar sekolah menengah, rendah bahkan juga murid tadika,\” katanya.

Beliau berkata terdapat pelbagai program dilaksanakan PDRM dalam usaha mengekang jenayah seksual melibatkan kanak-kanak mahupun remaja termasuk kempen kesedaran menerusi media sosial seperti Facebook dan TikTok selain platform radio dan televisyen serta surat khabar.

Related Articles

Golongan muda diingatkan waspada ancaman penipuan siber guna AI
Nasional

Golongan muda diingatkan waspada ancaman penipuan siber guna AI

Panel Pencegahan Penipuan Digital, Ts Lukas J. Tan KUALA LUMPUR, 27 April-...

Elak babi melintas jalan, seorang pelajar maut dirempuh kereta
Nasional

Elak babi melintas jalan, seorang pelajar maut dirempuh kereta

FOTO IPD SERI ALAMJOHOR BAHRU, 27 April- Seorang pelajar lelaki maut, manakala...

Agong zahir ucapan selamat menyambut Hari TLDM ke-91
Nasional

Agong zahir ucapan selamat menyambut Hari TLDM ke-91

FOTO FB Sultan Ibrahim Sultan IskandarKUALA LUMPUR, 27 April- Yang di-Pertuan Agong,...

Tuanku Syed Sirajuddin titah warga ATM buang sikap ego, tingkat profesionalisme
Nasional

Tuanku Syed Sirajuddin titah warga ATM buang sikap ego, tingkat profesionalisme

Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail berkenan bergambar bersama anggota Kawalan Kehormatan...