Home Nasional 300 sukarelawan YADIM sumbang tenaga, keperluan asas di Terengganu
Nasional

300 sukarelawan YADIM sumbang tenaga, keperluan asas di Terengganu

300 sukarelawan YADIM sumbang tenaga, keperluan asas di Terengganu

Misi bantuan banjir oleh YADIM Negeri Terengganu/Foto YADIM Terengganu

KUALA TERENGGANU, 7 Disember — Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Terengganu menggerakkan lebih 300 sukarelawan di seluruh negeri untuk membantu penduduk yang terjejas banjir baru-baru ini.

Pengarah YADIM Terengganu, Nasrul Hadi Saiadin berkata, ini termasuk tambahan 100 sukarelawan dari luar negeri.

Nasrul berkata, bantuan yang diberikan meliputi kerja pembersihan rumah mangsa, sumbangan barangan keperluan, dan pengisian kerohanian bagi meringankan beban emosi penduduk terkesan.

“Kita ada beberapa inisiatif dengan rakan IPT untuk mencari ruang tenaga sukarelawan baharu yang boleh dimanfaatkan. Ini penting kerana sukarelawan tempatan juga merupakan mangsa banjir,” katanya.

Selain itu, YADIM turut melaksanakan inisiatif Dapur Madani dengan menyediakan makanan siap dimakan di lima lokasi.

Antaranya, melibatkan dua di Kuala Terengganu dan masing-masing satu di Kuala Nerus, Hulu Terengganu, dan Besut.

Setakat ini, sebanyak RM5,000 telah dibelanjakan untuk operasi dapur, menjadikan ia usaha penting dalam memastikan bantuan makanan sampai kepada penduduk terjejas dengan segera.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....