Home Nasional 30 belia sertai kursus kemahiran teknikal akuakultur
Nasional

30 belia sertai kursus kemahiran teknikal akuakultur

30 belia sertai kursus kemahiran teknikal akuakultur

FOTO Jabatan Perikanan Negeri Kedah

JITRA, 27 Julai- Seramai 30 belia daripada kalangan pengusaha dan penternak ikan menyertai Kursus Kemahiran Teknikal Akuakultur – Pembenihan Ikan Keli dan Biofloc Ikan Tilapia Negeri Kedah.

Kursus diadakan di Pusat Pengembangan Akuakultur Jitra.

Kursus selama dua hari itu diisi dengan pengenalan kepada sistem akuakultur, teknik pembenihan ikan keli serta pemilihan induk ikan keli dan tilapia untuk pembenihan dan Sistem Biofloc.

Jabatan Perikanan Negeri Kedah menerusi satu kenyataan memaklumkan peserta juga diberikan peluang untuk menyuntik hormon ovaprim kepada induk ikan keli dan menghasilkan pembenihan.

\”Pengalaman itu amat berguna kepada penternak-penternak yang baru menceburi bidang penternakan dan pembenihan ikan keli,\”menurut kenyataan tersebut.

Kursus disampaikan oleh Ketua Pusat Pengembangan Akuakultur Jitra, Subli Saad serta dibantu kakitangan dan Cawangan Pengembangan Perikanan menyelaras kursus serta logisitik.

Program dirasmikan oleh Ketua Cawangan Pengembangan Perikanan Negeri Kedah, Siti Shuhada Azahari mewakili Pengarah Perikanan Negeri Kedah.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....