Home Nasional 3.26 juta pengembara melalui saringan Mpox di KLIA
Nasional

3.26 juta pengembara melalui saringan Mpox di KLIA

3.26 juta pengembara melalui saringan Mpox di KLIA

Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad

SEPANG, 28 Ogos- Seramai 3.26 juta pengembara telah melalui saringan Mpox atau cacar monyet di terminal 1, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad berkata, perkara itu sebagai kesiapsiagaan operasi dan langkah berjaga-jaga bagi menghadapi sebarang situasi berkaitan Mpox.

Pada masa sama beliau turut memaklumkan kira-kira 34 kes disyaki Mpox telah dilaporkan di fasiliti kesihatan dan hasil dapatan ujian berkenaan mendapati kesemuanya negatif.

\”34 kes yang disyaki dan apabila kita ikuti perkembangan kes ini dapatanya tiada satu pun yang positif. Semuanya negatif, alhamdulillah. Saya kira situasi ini sangat terkawa dan kita akan lebih berjaga-jaga,\” katanya ketika di temui pemberita di sini.

Dalam pada itu Dzulkefly yang membuat lawatan pemantauan operasi di KLIA menegaskan, ketika ini Mpox masih terkawal di Malaysia.

Sementara itu Kementerian Kesihatan (KKM) menyeru individu berisiko tinggi mengalami gejala seperti demam, bengkak pada kelenjar limfa dan ruam atau lepuh perlu mendapatkan pemeriksaan di fasiliti kesihatan berdekatan.

Related Articles

Sultan Kedah lancar projek tanam 2 juta pokok
Nasional

Sultan Kedah lancar projek tanam 2 juta pokok

Sultan Kedah, Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah berkenan...

Dua bersaudara ditemukan lemas, mandi di Pantai Bayu Impian
Nasional

Dua bersaudara ditemukan lemas, mandi di Pantai Bayu Impian

Foto Bomba Johor KOTA TINGGI, 22 Januari- Dua individu ditemukanlemas termasuk seorang...

Dialog, kolaborasi pragmatik kekal hubungan antarabangsa
Nasional

Dialog, kolaborasi pragmatik kekal hubungan antarabangsa

Datuk Seri Anwar Ibrahim/ BERNAMA DAVOS, 22 Januari- Dialog serta kolaborasi pragmatik,...

Malaysia teroka peluang perdagangan, tambah baik beberapa FTA
Nasional

Malaysia teroka peluang perdagangan, tambah baik beberapa FTA

Datuk Seri Anwar Ibrahim DAVOS, 22 Januari- Malaysia sedang meneroka peluang dengan...