Saturday , 21 December 2024
Home Nasional 2,500 pelajar baharu terima bantuan Program Siswa Sulung 2.0.
Nasional

2,500 pelajar baharu terima bantuan Program Siswa Sulung 2.0.

2,500 pelajar baharu terima bantuan Program Siswa Sulung 2.0.

Datuk Seri Dr Zambry (kiri) pada program Jelajah Kampus MADANI \’In Person with Doc Zam: Tips and Tricks for Freshies\’ di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) di sini hari ini.

BANGI, 29 September– Sebanyak 2,500 pelajar baharu bagi sesi akademik 2024/2025 dari seluruh negara terpilih menerima pembiayaan pendidikan di bawah Program Siswa Sulung 2.0.

Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata program berkenaan bertujuan memastikan anak-anak penerima eKasih atau miskin tegar diberikan ruang secukupnya untuk melanjutkan pelajaran.

\”Kita jangkakan lebih kurang 8,000 pelajar dari tahun satu sampai tahun empat akan menerima pembiayaan di bawah Program Siswa Sulung 2.0.

\”Inilah pendekatan kerajaan kita pastikan supaya mereka daripada keluarga yang susah, miskin tegar yang berada dalam eKasih ini dapat diberikan ruang. Maknanya tidak ada lagi alasan untuk mengatakan bahawa kita tidak mengambil perhatian. Kerajaan Madani kita berikan perhatian kepada pembasmian kemiskinan sebagai agenda yang terbesar,\” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas program Jelajah Kampus MADANI \’In Person with Doc Zam: Tips and Tricks for Freshies\’ di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) di sini hari ini.

Program Siswa Sulung 2.0 adalah pengecualian yuran pengajian diberikan kepada individu pertama dalam keluarga B40 atau keluarga kurang mampu yang berjaya menjejakkan kaki mengikuti pengajian peringkat ijazah pertama di Universiti Awam.

Sementara itu, Zambry berkata beliau akan meneruskan program Jelajah Kampus MADANI \’In Person with Doc Zam: Tips and Tricks for Freshies\’, di beberapa universiti di seluruh negara.

Pada program terbabit Zambry menyampaikan amanat dan berkongsi pengalamannya sebagai anak nelayan yang berjaya di menara gading, bersama lebih 5,000 mahasiswa baharu UKM.

Beliau berkata universiti adalah medan untuk mahasiswa mengasah bakat kepimpinan dan menonjolkan kualiti diri masing-masing.

Zambry turut melancarkan aplikasi UKM Siswa yang berperanan sebagai pusat sehenti maklumat untuk mahasiswa sekali gus memudahkan segala urusan sepanjang pengajian di universiti itu antaranya paparan maklumat akademik, jadual kuliah dan peperiksaaan, kewangan serta maklumat bantuan kebajikan.

UKM adalah universiti pertama mengintegrasikan keseluruhan sistem berkaitan mahasiswa dalam satu aplikasi.

Related Articles

Amaran ribut petir, hujan lebat di Perak, Selangor dan Sabah
Nasional

Amaran ribut petir, hujan lebat di Perak, Selangor dan Sabah

FOTO FAIL KUALA LUMPUR, 21 Disember – Amaran ribut petir, hujan lebat...

Tol percuma sempena Krismas, 23 dan 24 Disember
Nasional

Tol percuma sempena Krismas, 23 dan 24 Disember

FOTO FAIL KUALA LUMPUR, 21 Disember – Pemberian tol percuma akan kepada...

Teater: Platform utama angkat karya agung bangsa
Nasional

Teater: Platform utama angkat karya agung bangsa

FOTO BERNAMAMELAKA, 21 Disember – Pementasan teater kekal relevan sebagai medium utama...

Kes kemalangan di Sarawak meningkat, JPJ ambil langkah tegas
Nasional

Kes kemalangan di Sarawak meningkat, JPJ ambil langkah tegas

Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Hasbi Habibolah / Foto RTMKUCHING, 21 Disember –...