Home Nasional 249 program Jualan MADANI di Perlis, nilai jualan RM3.208 juta
Nasional

249 program Jualan MADANI di Perlis, nilai jualan RM3.208 juta

249 program Jualan MADANI di Perlis, nilai jualan RM3.208 juta

Foto RTM

KANGAR, 4 Disember – Sebanyak 249 program JualanMADANI dilaksanakan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA)Perlis setakat 3 Disember lalu, dengan nilai jualan mencecah RM3.208 juta.

Manakala nilai penjimatan kepada pengguna menerusi JualanAgro MADANI ialah sebanyak RM782,216.

Menurut PengarahFAMAPerlis Mohd Anzara Azizan dalam kenyataan, sebanyak 242 penganjuran Program Agro MADANI melibatkan outlet peruncitan, pasar tani, perkarangan pejabat FAMA negeri, masjid terpilih serta premis dan lokasi program bersama-sama agensi kerajaan.

Lima program Agro MADANI Khas Sempadan turut dilaksanakan di dua lokasi iaitu Masjid Solahudin Al Ayyubi, Padang Besar dan Masjid Nurul Husna, Wang Kelian

\”Secara keseluruhannya, FAMA Perlis menyasarkan sebanyak 233 Program JualanAgro MADANIsepanjang tahun ini dengan nilai jualan sebanyak RM2.65 juta dengan penjimatan sebanyak RM804,000 namun kini melebihi sasaran awal yang ditetapkan\” kata Anzara.

Selain itu, seramai 2,014 usahawan bawah bimbingan FAMA Perlis terlibat dalam pelaksanaan JualanAgro MADANIyang memberi manfaat kepada 270,688 isi rumah di Perlis mendapatkan barangan keperluan pada harga lebih rendah.

Sepanjang tahun 2023, sebanyak 251 program JualanAgroMADANI telah dilaksanakan melibatkan 1,342 usahawan yang memberi manfaat kepada lebih 78,000 rakyatPerlisdengan mencatatkan nilai jualan sebanyak RM2.05 juta.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....