Home Nasional 245 keluarga pekerja estet bakal terima PRR Harmoni Madani Bestari Jaya
Nasional

245 keluarga pekerja estet bakal terima PRR Harmoni Madani Bestari Jaya

245 keluarga pekerja estet bakal terima PRR Harmoni Madani Bestari Jaya

Foto BERNAMA

PUTRAJAYA, 30 Oktober- 245 keluarga bakal memiliki sebuah kediaman selesa dan kondusif apabila Projek Program Residensi Rakyat (PRR) Harmoni MadaniBestari Jayadi Tanjung Karang, Selangor, siap 2026 nanti.

Pemilikan itu melibatkan pekerja komuniti India daripada 5 kawasan ladang estet iaitu Ladang Mary, Ladang Nigel Garder, Ladang Bukit Tagar, Ladang Sungai Tinggi dan Ladang Minyak.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming berkata, projek berkenaan yang bernilai RM75 juta membabitkan peruntukan Kerajaan Persekutuan serta Negeri Selangor, dengan 20 ekar tanah diberikan secara percuma oleh Syarikat Berjaya Corparation Berhad (BCB).

Setiap unit rumah dilengkapi dengan pelbagai kemudahan termasuk dewan komuniti, kedai, taman permainan serta taska. Manakala pelaksanaan pembinaan dijangka dimulakan awal tahun hadapan.

\”Selepas kita janji untuk pastikan selesaikan isu setinggan di 5 estet di selangor majlis pecah tanah akan dibuat sebelum Festival Ponggal pada Januari tahun depan.

\”Pada masa sama kita menyasarkan 24 bulan untuk menyiapkan semua ini supaya kita menunjukkan komitmen kerajaan utk pastikan janji ditepati dan kesejahteraan rakyat menjadi keutamaan kita,\” jelasya.

Beliau memaklumkan selepas menyaksikan penyerahan kelulusan kebenaran bagi merancang projek PRR Harmoni MadaniBestari Jaya, di sini hari ini.

Sesi penyerahan tersebut disempurnakan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kuala Selangor, Mohamad Hanafe Basri kepada Ketua Pegawai Eksekutif, Perbadanan PRIMA, Datuk Sri Mohd Nazri Md Shariff sebagai agensi pelaksana.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....