Home Nasional 242 tukun tiruan dan unjam hibrid dilabuhkan di Selangor
Nasional

242 tukun tiruan dan unjam hibrid dilabuhkan di Selangor

242 tukun tiruan dan unjam hibrid dilabuhkan di Selangor

Tukun tiruan dilabuhkan bertujuan memulihkan sumber perikanan negara/Foto DOF

SHAH ALAM, 27 November – Sebanyak 242 unit tukun tiruan dan unjam hibrid telah dilabuhkan di perairan Selangor sejak tahun 2006 hingga tahun lalu.

Exco Pertanian Selangor, Ir. Izham Hashim, memaklumkan bahawa daripada jumlah tersebut, 234 unit adalah tukun tiruan yang dilabuhkan di perairan Sabak Bernam, Kuala Selangor, Kuala Langat, dan Sepang, manakala lapan unit tukun hibrid dilabuhkan di Sabak Bernam.

Menurut Izham, inisiatif ini dilaksanakan oleh Jabatan Perikanan Malaysia bersama Jabatan Perikanan Selangor

\”Tukun tiruan merupakan struktur buatan manusia yang ditempatkan di dasar laut bertujuan meningkatkan kepadatan sumber marin. Kawasan tukun tiruan ini menjadi habitat perlindungan serta pembiakan pelbagai spesies ikan,\” katanya.

Beliau memberikan penjelasan tersebut sebagai jawapan kepada pertanyaan Ahli Dewan Negeri Sungai Panjang, Mohd Razali Saari, berhubung projek pembangunan Tukun Tiruan dan Unjam Hibrid di Selangor, pada sidang Dewan Negeri Selangor di Shah Alam, pada Selasa.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....