Home Nasional 21,038 premis diperiksa melalui Ops Kesan 2.0 – Fuziah
Nasional

21,038 premis diperiksa melalui Ops Kesan 2.0 – Fuziah

21,038 premis diperiksa melalui Ops Kesan 2.0 – Fuziah

Fuziah Salleh

KUALA LUMPUR, 29 Julai- Sebanyak 21,038 premis telah diperiksa menerusi Ops Kesan 2.0.

Daripada jumlah itu, 244 notis bertulis telah dikeluarkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN).

Timbalan Menterinya, Fuziah Salleh menegaskan pemantauan berterusan akan dilaksana KPDN bagi memastikan tiada pihak mengambil kesempatan dengan menaikkan harga barangan khususnya dengan pelaksanaan subsidi bersasar.

\”Notis ini macam surat tunjuk.. mereka kena bagi banyak maklumat untuk meminta kos berapa bahan mentah, kos pengeluaran, kos pengangkutan.. bukan sahaja kos, mereka perlu jawab berapa kos tahun lepas, tahun sebelumnya berapa, supaya dapat kita dapat tengok ada tak elemen pencatutan.

\”Kalau tak jawab, tindakan sekian, kalau mereka jawab, kita akan selidik ada tak elemen pencatutan dan jika ada kertas siasatan akan dibuka,\” katanya di Dewan Negara di sini ketika menjawab soalan tambahan dikemukakan Senator, Datuk Setia Salehuddin Saidin berhubung tindakan pemantauan yang dilaksana KPDN menangani kenaikan harga barangan.

Dalam pada itu, Fuziah berkata tiada sebarang kenaikan harga tidak munasabah dikesan susulan penyasaran diesel bersubsidi.

Beliau menjelaskan penurunan dan kenaikan harga adalah perkara biasa dalam pasaran ekonomi terbuka.

Namun, tidak sebarang elemen pencatutan dikesan KPDN sepanjang pelaksanaan Ops Kesan.

\”Kita bercakap berkenaan pasaran ekonomi terbuka, turun naik itu biasa dan banyak faktor-faktor termasuk kos bahan mentah, pengeluaran, perubahan iklim dan antarabangsa.. contohnya yang memberi kesan kepada harga barang seperti satu ketika dahulu kita import bawang, tetapi bila negarapengeluar asal itu menghentikan eksport bawang, tentu sekali harga bawang meningkat.

\”Jadi apa yang kita boleh lakukan menerusi Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan ini ialah memastikan tiada elemen pencatutan,\” katanya ketika menjawab soalan tambahan dikemukakan Senator, Hussin Ismail.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....