Home Nasional 2024: Kerajaan Madani laksana pelbagai rancangan strategik, lonjak ekonomi negara
Nasional

2024: Kerajaan Madani laksana pelbagai rancangan strategik, lonjak ekonomi negara

2024: Kerajaan Madani laksana pelbagai rancangan strategik, lonjak ekonomi negara

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim / Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR, 22 Disember-Kerajaan Madani telah melaksanakan pelbagai perencanaan strategik untuk melonjakkan ekonomi negara sepanjang 2024.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata inisiatif ini bertujuan untuk memastikan kemakmuran yang berpanjangan dapat dinikmati oleh rakyat dan negara.

Menerusi \’Sorotan 2024: Melonjak Ekonomi, Melimpah Kemakmuran\’, Perdana Menteri berkongsi beberapa inisiatif dan pencapaian negara.

Antara pencapaian adalah pelaburan ekonomi digital yang menyaksikan pelaburan digital diluluskan bernilai RM254.7 bilion bagi tempoh Januari hingga September tahun ini yang mewujudkan 159,000 pekerjaan.

Syarikat teknologi gergasi yang melabur di Malaysia antaranya, Microsoft bernilai RM10.5 bilion, NVIDIA dan YTL pula RM20 bilion dan Oracle RM27 bilion

Menerusi hantaran di laman Facebook ini juga, kerajaan turut memfokuskan kepada pembangunan tenaga hijau menerusi pelancaran Taman Perindustrian Hijau Bersepadu Kerian di Perak.

Turut dikongsikan Datuk Seri Anwar adalah Pelan Transformasi Ekonomi Bumiputera atau PUTERA35 dan juga Pelan Induk Kerjasama Awam-Swasta atau PIKAS 2030.

Beliau menekankan betapa pentadbirannya akan terus bekerja keras di tahun mendatang bagi memacu masa depan yang lebih sejahtera untuk rakyat dan negara.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....