Home Nasional 2,000 peserta meriahkan Agri-Run MAHA 2024
Nasional

2,000 peserta meriahkan Agri-Run MAHA 2024

2,000 peserta meriahkan Agri-Run MAHA 2024

Datuk Seri Mohamad Sabu ditemui selepas melepaskan peserta larian Agri Run / FOTO RTM

KUALA LUMPUR, 21 September- Hampir 2,000 peserta menyertai program larian \’Agri-Run\’ bersempena Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro-Pelancongan Malaysia (MAHA) 2024.

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata program larian tersebut menawarkan pengalaman baharu selain mampu menarik lebih ramai pengunjung.

\”Begitu meriah sekali tahun ini larian yang pertama diadakan pada waktu malam. Penyertaan hampir 2,000 org lelaki dan wanita.

\”Kebanyakan peserta ini lebih kepada kerja amal daripada mengejar hadiah merayakan MAHA ke-100 iaitu MAHA 100 tahun yang dimulakan dari tahun 1923,\”katanya.

Beliau ditemui selepas menyempurnakan program larian lima kilometer \’Agri-Run\’ di MAEPS, Serdang.

Kolaborasi bersama Agrobank itu mengetengahkan amalan hidup sihat menerusi aktiviti sukan selain menawarkan hadiah menarik dan lumayan.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....