Wednesday , 25 December 2024
Home Nasional 200 peserta menyertai Sepak Penalti Tertutup, meriahkan sambutan Bulan Kebangsaan
Nasional

200 peserta menyertai Sepak Penalti Tertutup, meriahkan sambutan Bulan Kebangsaan

200 peserta menyertai Sepak Penalti Tertutup, meriahkan sambutan Bulan Kebangsaan

Peserta yang menyertai Pertandingan Sepak Penalti Tertutup Parlimen Padang Besar

MATA AYER, 10 Ogos-Seramai 200 peserta menyertaiPertandingan Sepak Penalti Tertutup Parlimen Padang Besar antara program dilaksanakan bagi memeriahkan sambutan Bulan Kebangsaan di Perlis.

Ia mewakili 40 pasukan untuk merebut kejuaraan dalam pertandingan kali ini.

Penasihat GiatMARA Padang Besar Azizan Sulaiman berkata, pelaksanaannya untuk menarik golongan muda agar lebih cenderung ke arah kehidupan yang positif dengan beriadah dan melakukan kerja- kerja kebajikan demi bangsa dan negara.

\”Program ini juga bagi membentuk golongan belia yang mampu bekerjasama dan mampu menyesuaikan diri dalam pasukan selain membudayakan gaya hidup sihat dan cergas sepanjang masa.

\”Selain itu juga, program ini juga bagi meningkatkan jati diri, memperkukuhkan perpaduan serta menanam sikap patriotik berikutan pelaksanaannya dibulan kebangsaan,\” katanya.

Beliau berkata demikian pada Pertandingan Sepak Penalti Tertutup Padang Besar, anjuran Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) Bahagian Padang Besar dan Gerakan Belia 4B Padang Besar di Sekolah Menengah Kebangsaan Mata Ayer di sini.

Program sebegini diharap dapat dilaksanakan secara berkala di setiap kawasan parlimen dalam kita mengeratkan lagi hubungan baik yang sedia terjalin antara penduduk di samping mencungkil bakat anak-anak muda dalam permainan bola sepak.

Johan akan membawa pulang hadiah wang tunai RM500.00, naib johan sebanyak RM350 serta tempat ketiga sebanyak RM250 manakala tempat ke-4 hingga 10 masing-masing akan menerima RM50.

Related Articles

JPS komited perkukuh tebing sungai, atasi masalah hakisan
Nasional

JPS komited perkukuh tebing sungai, atasi masalah hakisan

Foto FailKUALA LUMPUR, 24 Disember– Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia (JPS) terus...

Tujuh maut dalam kemalangan di Ayer Keroh
Nasional

Tujuh maut dalam kemalangan di Ayer Keroh

Kemalangan di kilometer 204 Lebuhraya Utara Selatan Arah Utara dari Ayer Keroh...

Enam maut nahas di Lebuhraya Utara-Selatan
Nasional

Enam maut nahas di Lebuhraya Utara-Selatan

Enam individu maut dalam kemalangan membabitkan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV), bas...

KPDN Pulau Pinang pantau SHMMP Krismas 2024
Nasional

KPDN Pulau Pinang pantau SHMMP Krismas 2024

Exco Perdagangan, Pembangunan Usahawan dan Luar Bandar negeri, Datuk Rashidi Zinol /...