Home Nasional 200 pelajar bangsa India dihantar mengikuti kursus TVET di China
Nasional

200 pelajar bangsa India dihantar mengikuti kursus TVET di China

200 pelajar bangsa India dihantar mengikuti kursus TVET di China

Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyampaikan bantuan persekolahan kepada 60 daripada 720 pelajar di Parlimen Bagan Datuk

BAGAN DATUK, 28 Julai- Kerajaan akan menghantar 200 pelajar berbangsa India mengikuti kursus Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) di China.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, sekiranya berjaya pihaknya akan mencari inisiatif untuk menambah 200 lagi tempat untuk pelajar golongan itu.

Jelas Ahmad Zahid kerajaan tidak pilih kasih dan sentiasa memberi peluang kepada pelajar tanpa mengira kaum untuk menjalani latihan TVET.

\”Oleh demikian ibu bapa yang ada hari ini termasuk guru, saya bagi jaminan jika anak-anak India berjaya dapat keputusan cemerlang.

\”…saya akan pastikan mereka dapat melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi (IPT) dan sekolah cemerlang di negara ini,\” katanya selepas menyampaikan bantuan persekolahan kepada 60 daripada 720 pelajar di Parlimen Bagan Datuk di sini.

Ahmad Zahid yang juga Pengerusi Majlis TVET Negara berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penyampaian Sumbangan Bantuan Persekolahan SJK(T) Parlimen Kawasan Bagan Datuk di Dewan Datuk Mohamed Jamrah.

Sebelum ini, kerajaan mengumumkan untuk menghantar 1,100 pelajar termasuk dari Sabah dan Sarawak untuk meneroka pengalaman dalam bidang TVET di China.

Related Articles

Selangor mesyuarat khas teliti haramkan jual vape
Nasional

Selangor mesyuarat khas teliti haramkan jual vape

Gambar hiasanSHAH ALAM, 25 April – Kerajaan Negeri Selangor sedang meneliti secara...

AirBorneo aspirasi Sarawak perkukuh hubungan serantau – Abang Johari
Nasional

AirBorneo aspirasi Sarawak perkukuh hubungan serantau – Abang Johari

Premier Tan Sri Abang Johari Tun Openg/Foto UKASKUCHING, 25 April – Syarikat...

Kuala Selangor, Segamat masih terjejas banjir
Nasional

Kuala Selangor, Segamat masih terjejas banjir

Foto BERNAMAKUALA LUMPUR, 25 April- Seramai 369 orang daripada 87 keluarga terjejas...

IEA sedia bantu Malaysia dalami, kaji penggunaan tenaga nuklear
Nasional

IEA sedia bantu Malaysia dalami, kaji penggunaan tenaga nuklear

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah YusofLONDON, 23 April – Agensi Tenaga...