Home Nasional 200 benih karang ditanam dekat Pulau Jemuruk
Nasional

200 benih karang ditanam dekat Pulau Jemuruk

200 benih karang ditanam dekat Pulau Jemuruk

Foto RTM

LANGKAWI, 16 Julai– Sebanyak 200 anak benih karang jenis Tanduk Rusa telah berjaya ditanam dan ditenggelamkan di kawasan tukun berdekatan di Pulau Jemuruk, Langkawi Kedah.

Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Kedah, Sharifah Zakiah Syed Sahab berkata proses penanaman anak benih karang antara langkah memelihara dan memulihara ekologi marin laut di Pulau Langkawi.

Berdasarkan maklumat daripada penduduk tempatan di kawasan tersebut, terdapat peningkatan populasi karang laut yang seterusnya meningkatkan populasi ikan-ikan dan hidupan marin sejak aktiviti tersebut dilaksanakan.

Kawasan berstatus Geopark ini berpotensi menjadi satu daya tarikan pelancongan yang menarik disamping mendidik msayarakat untuk mengenali dan mempelajari bagaimana karangan laut menyumbang kepada diversiti serta populasi hidupan marin.

Terumbu karang juga merupakan tempat pembiakan dan nurseri bagi ikan-ikan serta lain-lain kehidupan laut.

\”Program ini juga merupakan satu usaha JAS bersama Rakan Strategik , Etria Manufacturing (Malaysia) Sdn Bhd yang beroperasi di Pulau Pinang dalam memastikan kelestarian alam sekitar terutama terumbu karang berada dalam keadaan baik dan sentiasa terpelihara. Program CSR ini disertai seramai 60 orang sukarelawan ini merupakan inisiatif untuk memanifestasikan kelestarian biodiversiti marin dengan kerjasama pihak komuniti setempat iaitu Koperasi Nelayan Kubang Badak,\” katanya dalam kenyataan.

Dalam program sama, sukarelawan turut dibawa melawat Kubang Badak Biogeotrail bagi melihat sendiri geotapak Gua Pinang yang mempunyai sejarah peninggalan zaman dahulu.

Antara geotapak dan lokasi menarik yang menjadi warisan sejarah di Langkawi ialah Bukit Menora, Kampung Siam dan Geotapak Kebuk Arang yang berusia lebih 120 tahun.

JAS Kedah sentiasa menyokong penuh jalinan kerjasama dalam melaksanakan program kesedaran alam sekitar terutama yang berhubung kait dengan ekosistem alam dan dapat memanfaatkan warisan geotapak secara lestari.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....