Home Nasional 193 keluarga berlindung di 18 PPS di Kelantan
Nasional

193 keluarga berlindung di 18 PPS di Kelantan

193 keluarga berlindung di 18 PPS di Kelantan

Setakat pukul 11.00 malam, seramai 684 individu berlindung di 18 PPS di Kelantan/Foto PDRM Kelantan

KELANTAN, 29 Disember – Jumlah penduduk yang dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di negeri ini terus meningkat berbanding petang tadi, menurut laporan Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Setakat pukul 11.00 malam, seramai 684 individu daripada 193 keluarga berlindung di 18 PPS yang dibuka di tiga daerah utama.

Tanah Merah mencatat jumlah tertinggi dengan 435 individu daripada 134 keluarga berlindung di 12 PPS.

Di Kuala Krai, seramai 165 individu daripada 38 keluarga dipindahkan ke empat PPS.

Manakala di Machang, 84 individu daripada 21 keluarga berlindung di dua PPS.

Sementara itu, menurut Laman Publicinfobanjir Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), dua sungai utama di Kelantan telah melepasi paras amaran, iaitu Sungai Golok di Kampung Jenob dan Sungai Sokor di Kampung Sokor, Tanah Merah.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....