Wednesday , 12 March 2025
Home Nasional 1,900 pelajar asnaf terima RM100 menerusi akaun SSPN PRIME PTPTN
Nasional

1,900 pelajar asnaf terima RM100 menerusi akaun SSPN PRIME PTPTN

1,900 pelajar asnaf terima RM100 menerusi akaun SSPN PRIME PTPTN

Jamaluddin Jamari

KUALA LUMPUR, 28 Julai- Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) menyalurkan RM190,000 kepada 1,900 pelajar asnaf taman bimbingan kanak-kanak (Tabika) dan taman didikan kanak-kanak (Tadika) Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) di seluruh negara.

Sumbangan tersebut dibuat menerusi akaun simpanan SSPN PRIME PTPTN untuk menggalakkan budaya menabung daripada peringkat awal.

Pengarah Bahagian Sumber Manusia dan Pentadbiran KEMAS Jamaluddin Jamari berkata, inisiatif itu bakal memudahkan akses tabungan pelajar pada masa depan.

\”Memorandum persefaham (MoU) dengan PTPTN ini adalah kali pertama kita laksanakan dan melibatkan lebih 1,900 orang para pelajar dengan tabungan sebanyak RM100 seorang.

\”Dia akan memberi manfaat pelajar ini dalam pendidikan untuk belajar menabung dan belajar untuk menabung masa hadapan,\” katanya pada majlis Penutup Program Wacana Ilmu Wanita Inspirasiku
Peringkat KEMAS Wilayah Persekutuan di ibu negara.

Kerjasama strategik itu merupakan inisiatif dan tanggungjawab KEMAS dalam mencapai misi memperkasa masyarakat luar bandar ke arah pembangunan holistik.

Related Articles

PM dijadual terima kunjungan hormat Duta AS ke Malaysia petang ini
Nasional

PM dijadual terima kunjungan hormat Duta AS ke Malaysia petang ini

FOTO FACEBOOK Anwar IbrahimPUTRAJAYA, 11 Mac- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim...

PM tegaskan keselamatan siber kekal jadi keutamaan negara
Nasional

PM tegaskan keselamatan siber kekal jadi keutamaan negara

Foto hiasan/ BERNAMAPerdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan keselamatan siber kekal...

PM hargai pandangan ulama Kelantan, tekankan perpaduan ummah
Nasional

PM hargai pandangan ulama Kelantan, tekankan perpaduan ummah

FOTO FACEBOOK Anwar IbrahimPUTRAJAYA, 11 Mac- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim...

Perkenal bantuan mikro rendah perkasa peniaga bazar Ramadan
Nasional

Perkenal bantuan mikro rendah perkasa peniaga bazar Ramadan

Foto hiasan/Arkib BernamaSERDANG, 11 Mac -Kerajaan disaran mengambil pendekatan lebih strategik untuk...