Home Nasional 1,626 kes kehilangan pendengaran direkodkan di Terengganu tahun lepas
Nasional

1,626 kes kehilangan pendengaran direkodkan di Terengganu tahun lepas

1,626 kes kehilangan pendengaran direkodkan di Terengganu tahun lepas

Pengarah Kesihatan Terengganu, Datuk Dr. Kasemani Embong

KUALA NERUS, 27 Julai– kira-kira 1,626 kes kes bilateral atau kehilangan pendengaran kedua-dua telinga direkodkan di Terengganu tahun lalu.

Manakala 596 kes unilateral atau kehilangan pendengaran sebelah telinga dicatatkan dalam tempoh sama.

Pengarah Kesihatan Terengganu, Datuk Dr. Kasemani Embong berkata, saringan dibuat dalam kalangan pekerja yang berisiko terdedah dengan bunyi bising.

Antaranya anggota beruniform dan pekerja kilang.

\”Sekarang ini kebanyakan mereka kita kalau boleh mereka-mereka yang terdedah atau berisiko ini kita minta mereka ini membuat saringan sekurang-kurangnya setahun sekali.

\”Jadi, mereka-mereka inilah yang kalau kita lihat yang telah pun datang ke klinik-klinik kita mendapat pemeriksaan dan sebahagian daripada mereka ini memang kita memberi rawatan kepada mereka\”, katanya demikan selepas merasmikan Sambutan Hari Derma Darah Sedunia dan Hari Pendengaran Sedunia peringkat negeri di sini.

Mengulas lanjut beliau berkata, 95 peratus bayi berusia 28 hari ke bawah disaring masalah pendengaran di kesemua fasiliti kesihatan di negeri itu.

Hasil saringan tersebut tahun lalu, 39 bayi didiagnos masalah pendengaran.

Related Articles

Banjir di Johor pulih sepenuhnya
Nasional

Banjir di Johor pulih sepenuhnya

FOTO FAIL KOTA TINGGI, 6 Februari – Tiga buah pusat pemindahan sementara...

UM kembalikan senyuman suku kaum Semai di Raub
Nasional

UM kembalikan senyuman suku kaum Semai di Raub

Foto UMKUALA LUMPUR, 6 Februari – Seramai 500 penduduk Orang Asli di...

Isu sewa helikopter RM16.6 bilion akan dijawab 20 Februari
Nasional

Isu sewa helikopter RM16.6 bilion akan dijawab 20 Februari

Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin KUALA LUMPUR, 6 Februari –...

Kepengerusian ASEAN, langkah tangani geopolitik antara fokus Dewan Rakyat hari ini
Nasional

Kepengerusian ASEAN, langkah tangani geopolitik antara fokus Dewan Rakyat hari ini

FOTO FAIL KUALA LUMPUR, 6 Februari – Objektif Kepengerusian ASEAN, langkah menangani...