Home Nasional 155 kenderaan diperiksa, 61 saman dikeluarkan
Nasional

155 kenderaan diperiksa, 61 saman dikeluarkan

155 kenderaan diperiksa, 61 saman dikeluarkan

Mohd Zawawi Zakaria

KAMPAR, 29 November- Sebanyak 155 buah kenderaan diperiksa dalam Ops Bersepadu Kenderaan Perdagangan diPusat Transformasi Luar Bandar (RTC) Gopeng malam tadi.

Pengarah Keselamatan NegeriPerakMohd ZawawiZakariaberkata daripada jumlah tersebut, 61 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan dalam operasi yang bermula pada pukul 9.00 malam dan berakhir 12.00 tengah malam itu.

Operasi berkenaan turut menyebabkan pemandu sebuah bas ekspres melarikan diri kerana dipercayai membawa barangan terlarang.

\”Ada satu pemandu yang disyaki terlibat dengan kesalahan dadah dan meninggalkan bas dengan penumpangnya sekali.

\”Mungkin ada barang terlarang dan sekarang masih dalam tindakan pihak polis,\” katanya kepada pemberita di sini.

Operasi itu turut dihadiri Pemangku Ketua Polis Perak DCP Zulkafli Sariaat dan Pengarah Keselamatan Negeri, Mohd Zawawi Zakaria.

Kolabarasi berkenaan melibatkan 144 kekuatan disertai sembilan agensi pelaksana negeri termasuk Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK)

Ops dilaksanakan bertujuan memberi perhatian dan menjalankan pemantauan secara berterusan ke atas semua jenis kenderaan agar sentiasa mematuhi peraturan dan undang-undang jalan raya ditetapkan.

Related Articles

Banjir: Satu lagi PPS dibuka di Tatau, malam tadi
Nasional

Banjir: Satu lagi PPS dibuka di Tatau, malam tadi

Banjir di SarawakKUCHING, 24 Januari– Sebuah lagi pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka...

PATI terjun bangunan elak ditangkap
Nasional

PATI terjun bangunan elak ditangkap

Antara PATI yang ditahan JIM KL menerusi Op Sapu KL Strike ForceKUALA...

Malaysia di landasan tepat, transisi menuju AI, semikonduktor, ekonomi digital
Nasional

Malaysia di landasan tepat, transisi menuju AI, semikonduktor, ekonomi digital

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim/ Foto Facebook Datuk Seri Anwar IbrahimDAVOS,...

TBC: PETRONAS Carigali agih pek makanan di Bintulu dan Miri
Nasional

TBC: PETRONAS Carigali agih pek makanan di Bintulu dan Miri

Program CSR “Uplifting Lives: Chinese New Year” anjuran PETRONAS Carigali Sdn Bhd...