Home Nasional 15 tan abu al-Quran, teks agama dilupuskan
Nasional

15 tan abu al-Quran, teks agama dilupuskan

15 tan abu al-Quran, teks agama dilupuskan

Foto BERNAMA

KLANG, 3 November- Sebanyak 15 tan abu al-Quran dan teks agama dilupuskan dengan kaedah pelepasan ke tengah perairan Pulau Angsa dalam Program Pemuliaan Abu Al-Qur’an.

Program yang dikendalikan oleh Bahagian Penguatkuasaan dan Kawalan (PK) Kementerian Dalam Negeri (KDN) itu merupakan sebahagian usaha \”Ke Arah Sifar Al-Qur\’an Tiada Perakuan KDN\”.

Setiausaha Bahagian PK KDN, Nik Yusaimi Yussof menyatakan bahawa pelupusan tersebut dijalankan bagi naskhah al-Quran yang tidak mempunyai perakuan KDN, tidak menggunakan tulisan Rasm Uthmani, serta yang lusuh dan tidak boleh dibaca.

Beliau menyeru orang ramai agar lebih bertanggungjawab dan tidak mengambil langkah mudah dengan menjual bahan yang mengandungi ayat al-Quran sebagai kertas lusuh.

\”Anda perlu faham bahawa apabila kertas lama yang mengandungi ayat al-Quran dijual sebagai bahan lusuh, ia boleh diproses menjadi produk lain seperti tisu tandas atau pembalut, yang jelas melanggar undang-undang dan syariat Islam.

\”Mereka yang menyimpan bahan lama dengan tulisan al-Quran hendaklah menyerahkannya kepada kami untuk dimuliakan secara tertib dan patuh kepada syariat,\” katanya kepada pemberita di sini.

Program itu turut mendapat kerjasama daripada Polis Marin Pelabuhan Klang, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, Jabatan Mufti Selangor, Jabatan Agama Islam Selangor, dan Majlis Agama Islam Selangor.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....