Home Nasional 1,480 penduduk terjejas banjir masih ditempatkan di 15 pps
Nasional

1,480 penduduk terjejas banjir masih ditempatkan di 15 pps

1,480 penduduk terjejas banjir masih ditempatkan di 15 pps

Foto fail

KUALA LUMPUR, 20 Oktober– Seramai 1,480 penduduk terjejas banjir masih berlindung di 15 pusat pemindahan sementara (PPS) di lima negeri yang terjejas setakat 9.00 pagi ini.

Menurut portal Info Bencana JKM, jumlah penduduk terjejas di Perak adalah seramai 553 orang daripada 173 keluarga. Mereka ditempatkan di 8 pps melibatkan daerah Hilir Perak, Perak Tengah dan Kerian. Di Perlis pula penduduk terjejas adalah seramai 471 orang daripada 161 keluarga di Kangar dan Kedah mencatatkan 109 penduduk terjejas daripada 30 keluarga.

Sementara itu, di Selangor, jumlah penduduk terjejas adalah seramai 160 orang daripada lima keluarga. Mereka kini berlindung di tiga PPS melibatkan Daerah Sabak Bernam dan Kuala Selangor.

Manakala di Pahang pula jumlah penduduk terjejas adalah seramai 187 orang daripada 52 keluarga yang ditempatkan di PPS di daerah Temerloh.

Dalam pada itu, Jabatan Meteorologi Malaysia mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang yang dijangka berlaku di negeri Kedah melibatkan daerah Kota Setar, Pokok Sena, Padang Terap, Yan, Pendang, Kuala Muda, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu serta Pulau Pinang. Amaran tersebut sehingga 11.00 pagi ini.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....