Home Nasional 14 Parlimen Pahang sedia Wayang Pacak sempena Pertabalan Agong
Nasional

14 Parlimen Pahang sedia Wayang Pacak sempena Pertabalan Agong

14 Parlimen Pahang sedia Wayang Pacak sempena Pertabalan Agong

Timbalan Pengarah Jabatan Penerangan Malaysia (JAPEN) Negeri Pahang, Zayana Zahira Mohd Isa

KUANTAN, 20 Julai-14 kawasan Parlimen di Pahang terlibat tayangan wayang pacak sempena Istiadat Pertabalan Sultan Ibrahim sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17, hari ini.

Tayangan tersebut berlangsung secara serentak di kesemua kawasan parlimen terlibat bagi memberi ruang kepada masyarakat setempat untuk menyaksikan peristiwa bersejarah tersebut.

Menurut Timbalan Pengarah Jabatan Penerangan Malaysia (JAPEN) Negeri Pahang, Zayana Zahira Mohd Isa, program tersebut dianjurkan pihaknya dengan kerjasama Komuniti MADANI serta Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK).

\”Pada hari ini Jabatan Penerangan Negeri Pahang telah menganjurkan beberapa siri tayangan wayang pacak yang kita rancangkan di 14 parlimen di Negeri Pahang yang mana hari ini seperti semua maklum adalah Istiadat yang di-Pertuan Agong yang ke-17.

\”Jadi Jabatan Penerangan Negeri Pahang telah bekerjasama dengan Jabatan Penerangandi 11 daerah ini telah menganjurkan sesi tayangan khas wayang pacak bersama dengan masyarakat setempat untuk menyaksikan peristiwa bersejarah pada hari ini\”, katanya di sini.

Jelasnya, penganjuran wayang pacak itu bagi memberi pendedahan kepada masyarakat setempat mengenai peristiwa bersejarah disamping meningkatkan pengetahuan mereka berkaitan konsep Institusi Raja Berperlembagaan.

Selain wayang pacak, pelbagai program turut dianjurkan antaranya Jualan Rahmah Bergerak Madani dengan kerjasama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Pahang.

Related Articles

Selangor mesyuarat khas teliti haramkan jual vape
Nasional

Selangor mesyuarat khas teliti haramkan jual vape

Gambar hiasanSHAH ALAM, 25 April – Kerajaan Negeri Selangor sedang meneliti secara...

AirBorneo aspirasi Sarawak perkukuh hubungan serantau – Abang Johari
Nasional

AirBorneo aspirasi Sarawak perkukuh hubungan serantau – Abang Johari

Premier Tan Sri Abang Johari Tun Openg/Foto UKASKUCHING, 25 April – Syarikat...

Kuala Selangor, Segamat masih terjejas banjir
Nasional

Kuala Selangor, Segamat masih terjejas banjir

Foto BERNAMAKUALA LUMPUR, 25 April- Seramai 369 orang daripada 87 keluarga terjejas...

IEA sedia bantu Malaysia dalami, kaji penggunaan tenaga nuklear
Nasional

IEA sedia bantu Malaysia dalami, kaji penggunaan tenaga nuklear

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah YusofLONDON, 23 April – Agensi Tenaga...