Sunday , 22 December 2024
Home Nasional 14 laluan yang ditutup akan dibuka berperingkat
Nasional

14 laluan yang ditutup akan dibuka berperingkat

14 laluan yang ditutup akan dibuka berperingkat

Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR, 20 Julai- 14 laluan yang ditutup sempena Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-17, akan dibuka secara berperingkat.

Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata laluan tersebut ditutup bermula 8.00 pagi tadi bagi melancarkan perjalanan kenderaan diraja dan orang kenamaan yang hadir pada istiadat itu.

\”Apabila masa ketibaan (tetamu diraja dan orang kenamaan) jalan itu ditutup, dan ia dibuka semula apabila majlis (istiadat pertabalan) tamat.

\”Situasi yang sama juga dibuat ketika Majlis Santapan Diraja di Istana Negara malam ini,\” katanya dalam sidang media di pekarangan Istana Negara di ibu negara.

Sebanyak 14 jalan raya sekitar ibu negara ditutup secara berperingkat bermula 8.00 pagi bagi acara Istiadat Pertabalan dan 8.00 malam bagi Majlis Santapan Diraja.

Jalan terlibat ialah Jalan Tun Razak, Jalan Kia Peng, Jalan Raja Chulan, Jalan Ampang, Jalan Sultan Ismail, Lebuhraya Sultan Iskandar, Jalan Tuanku Abdul Halim, Jalan Semantan, Jalan Damansara, Jalan Istana, Kuala Lumpur-Seremban Expressway, Jalan Kuching (arah selatan), Bulatan Dato Onn dan Jalan Parlimen.

Menurut Mohd Yusri, seramai 1,250 pegawai dan anggota terdiri daripada pegawai dan anggota dari JSPT ditugaskan bagi mengiringi orang kenamaan, mengawal lalu lintas dan menguatkuasakan undang-undang jalan raya sepanjang acara sempena istiadat itu yang bermula Khamis lepas hingga 27 Julai ini.

Sementara itu seramai 378 anggota ditugaskan hari ini bagi membantu kelancaran upacara sempena Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-17 yang berlangsung di Istana Negara.

\”Kita memandang serius majlis hari ini dan berkaitan (acara) istiadat… kita sudah buat pelbagai persediaan bagi memastikan anggota faham peranan masing-masing kerana tidak mahu kesilapan kecil berlaku.

\”Kita hendaklah menikmati peristiwa ini (menganggap ia) sebagai satu peristiwa bersejarah dan saya berterima kasih kepada orang ramai dan agensi yang terlibat, antaranya Dewan Bandaraya Kuala Lumpur yang bersama memastikan kelancaran istiadat hari ini,\” katanya.

Istiadat Pertabalan Sultan Ibrahim sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17 berlangsung di Balairung Seri Istana Negara, di ibu negara.

Sultan Ibrahim telah melafaz dan menandatangani Surat Sumpah Jawatan sebagai Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ke-17 pada 31 Januari.

Related Articles

Kanak-kanak maut, motosikal dinaiki empat beranak terbabit kemalangan
Nasional

Kanak-kanak maut, motosikal dinaiki empat beranak terbabit kemalangan

FOTO FAIL BATU PAHAT, 22 Disember – Seorang kanak-kanak perempuan maut, selepas...

Aspirasi Prihatin Malaysia laksana program kebajikan bersama komuniti
Nasional

Aspirasi Prihatin Malaysia laksana program kebajikan bersama komuniti

Muhammad Rizal Zainudin (tengah) pada Majlis Makan Malam Aspirasi dan Joggers 2024...

Mai derma darah, "Be A Hero" bantu HTF
Nasional

Mai derma darah, "Be A Hero" bantu HTF

Program Mai Derma Darah"Be A Hero" mendapat sambutan yang menggalakkanKANGAR, 22 Disember-...

Polis mohon bantuan kesan Yap Xin Yuan
Nasional

Polis mohon bantuan kesan Yap Xin Yuan

FOTO IPD KAJANGKUALA LUMPUR, 22 Disember- Polis memohon bantuan orang ramai bagi...