Thursday , 5 December 2024
Home Nasional 14 bakat muda TVET lanjut pengajian ke China
Nasional

14 bakat muda TVET lanjut pengajian ke China

14 bakat muda TVET lanjut pengajian ke China

Foto hiasan

KUALA LUMPUR, 13 Oktober- Seramai 14 orang bakat muda yang berkelulusan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 bidang Teknologi Automotif berangkat ke China bagi melanjutkan latihan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) di peringkatDiploma Teknologi Pemeriksaandan Penyelenggaraan Automatif.

Ketua Pertubuhan Kebangsaan Pekerja Berkemahiran (Belia Mahir) Mohammad Rizan Hassan berkata, kumpulan pelajar itu akan menjalani latihan selama setahun secara sepenuh masa di Tangshan PolytechnicUniversity, China.

\”Latihan tersebut turut memfokus kepada kemahiran kenderaan elektrik hibrid (HEV), kenderaan elektrik bateri (BEV), kenderaan elektrik hibrid ‘plug-in’ (PHEV) dan kenderaan elektrik sel bahan bakar (FCEV).

\”MCI digerakkan secara bersama oleh Belia Mahir, Tang International Education Group China dengan sokongan dan kerjasama institusi TVET dan industri dari China. Kumpulan pelajar ini akan menjalani latihan selama satu tahun secara sepenuh masa dan bertempat di Tangshan Polytechnic University.

\”Mereka mendapat penajaan penuh berserta elaun sara diri dengan mengguna pakai pendekatan latihan Pembelajaran Berasaskan Kerja (WBL) melibatkan beberapa industri automotif terkemuka China sepanjang latihan,\” katanya dalam satu kenyataan.

Dalam pada itu beliau yakin lebih ramai bakat muda TVET tempatan bakal melanjutkan latihan di China pada tahun 2025-2026.

Perkara itu bersandarkan kepada penglibatan seramai 1,776 orang pelajar yang telah menjalani latihan jangka pendek antara dua minggu hingga tiga bulan dalam program Malaysia-China Youth TVET Training berlangsung sejak Julai tahun lalu.

Inisiatif Malaysia-China Institute (MCI) berperanan sebagai platform kerjasama dua negara dalam membangunkan TVET yang diilhamkan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi yang juga Pengerusi Majlis TVET Negara .

MCI digerakkan secara bersama Belia Mahir, TANG International Education Group China dengan sokongan dan kerjasama institusi TVET dan industri dari China.

Related Articles

Kerajaan, agensi perlu lebih tegas realisasi pelan transformasi
Nasional

Kerajaan, agensi perlu lebih tegas realisasi pelan transformasi

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim/ BERNAMAPUTRAJAYA, 5 Disember– Kerajaan serta agensi...

Waspada akaun palsu TikTok 'sprmmalaysia' – SPRM
Nasional

Waspada akaun palsu TikTok 'sprmmalaysia' – SPRM

Tangkap layar akaun TikTok palsu guna nama \’sprmmalaysia\’ yang dikongsi SPRMKUALA LUMPUR,...

Situasi banjir antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini
Nasional

Situasi banjir antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini

Foto hiasanKUALA LUMPUR, 5 Disember– Isu berkaitan situasi banjir yang sedang melanda...

Gempa bumi lemah landa Tawau, Sabah
Nasional

Gempa bumi lemah landa Tawau, Sabah

Foto MetMalaysiaKUALA LUMPUR, 5 Disember- Satu gempa bumi lemah dilaporkan berlaku di...