Home Nasional 13 warga Nepal ditahan cuba cetuskan rusuhan
Nasional

13 warga Nepal ditahan cuba cetuskan rusuhan

13 warga Nepal ditahan cuba cetuskan rusuhan

Kira-kira 1,000 pekerja kilang ke lokasi kejadian dan berkumpul hingga menghalang lalu lintas

TELUK INTAN, 15 Mac- 13 warga Nepal ditahan kerana cuba mencetuskan rusuhan di Batu 8 Jalan Changkat Jong di sini malam semalam.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak Penolong Pesuruhjaya Polis (ACP) Dr Bakri Zainal Abidin berkata sebelum kejadian pihaknya menerima panggilan mengenai kemalangan maut langgar lari melibatkan seorang pejalan kaki warga Nepalpada pukul 9.35 malam.

Menerusi siasatan kira-kira 1,000 pekerja kilang telah ke tempat kejadian dan berkumpul hingga menghalang lalu lintas.

Kemalangan melibatkan kes langgar lari seorang warga Nepal dan disiasat dibawah Seksyen 41(1) APJ 1987.

Namun pihak Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Teluk Intan telah digerakkan ke lokasi kejadian untuk menenangkan dan mengawal keadaan.

Keadaan pulih sepenuhnya pada pukul 2.00 pagi dan semua pekerja warga Nepal telah kembali ke asrama mereka.

Kesemua yang ditahan disiasat bawah Seksyen 147 Kanun Keseksaan.

Bagaimanapun pihak polis menyeru orang awam yang mempunyai maklumat mengenai kemalangan maut ini untuk menghubungi Pegawai Penyiasat Kes iaitu Inspektor Mohammad Syamil di talian 011-10065817.

Related Articles

Nasional

Niaga hadapan emas didagangkan dengan berhati-hati minggu depan

FOTO HIASANKUALA LUMPUR, 19 April- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives...

90 pesakit HTF terima sumbangan raya
Nasional

90 pesakit HTF terima sumbangan raya

Salahs eorang pesakit menerima sumbangan daripada Lembaga Pelawat HTFKANGAR, 19 April- Sempena...

400 Peserta Sertai Kampung Run @ Mata Ayer 1.0
Nasional

400 Peserta Sertai Kampung Run @ Mata Ayer 1.0

FOTO RTMMATA AYER, 19 April- Seramai 400 peserta dari seluruh negara telah...

Kebolehpasaran graduan SMMTC lepasi sasaran ditetapkan
Nasional

Kebolehpasaran graduan SMMTC lepasi sasaran ditetapkan

Walaupun industri media di negara ini sedang berhadapan dengan cabaran teknologi pengganggu...