Home Nasional 13 PATI dicekup, JIM Labuan cegah kemasukan haram warga asing
Nasional

13 PATI dicekup, JIM Labuan cegah kemasukan haram warga asing

13 PATI dicekup, JIM Labuan cegah kemasukan haram warga asing

Foto RTM

LABUAN, 1 Ogos– Seramai 13 pendatang asing tanpa izin (PATI) ditahan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Labuan dalam dua operasi berasingan pada Isnin dan Rabu.

PATI terdiri 12 wanita warga Filipina dan seorang lelaki Pakistan, menerusi operasi di tujuh premis sekitar Labuan.

Pengarah Imigresen Labuan, Raymond Entalai berkata kesemua PATI yang ditahan kini sedang disiasat bawah Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155) dan Peraturan 39(b) Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.

Raymond turut menasihatkan para majikan agar mematuhi undang-undang dengan hanya mengambil warganegara asing yang mempunyai dokumen sah untuk bekerja.

Kegagalan berbuat demikian, boleh didakwa bawah Seksyen 55B Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155) yang membawa denda tidak kurang RM10,000 atau tidak lebih 12 bulan atau kedua-duanya bagi setiap PATI yang diambil bekerja.

Tegas Raymond, JIM tidak akan berkompromi dengan mana-mana warganegara asing yang masuk dan tinggal di negara tanpa dokumen sah, menyalahgunakan pas dan kemudahan yang diberikan.

Tambahnya, tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana pihak yang melindungi pendatang tanpa izin.

Related Articles

JPN Kelantan galak sekolah YIK pakai lencana Jalur Gemilang
Nasional

JPN Kelantan galak sekolah YIK pakai lencana Jalur Gemilang

FOTO RTMKOTA BHARU, 21 April- Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Kelantan menggalakkan sekolah-sekolah...

Cintakan negara bermula dari rumah- KPWKM
Nasional

Cintakan negara bermula dari rumah- KPWKM

Datuk Seri Nancy (TENGAH) pada Majlis Pemakaian Lencana Jalur Gemilang Pada Pakaian...

Bakal jemaah haji perlu bersyukur, peluang jadi tetamu Allah
Nasional

Bakal jemaah haji perlu bersyukur, peluang jadi tetamu Allah

Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bergambar kenangan bersama peserta ursus Perdana Haji...

2 cedera, rumah pekerja dijilat api
Nasional

2 cedera, rumah pekerja dijilat api

FOTO JBPM SARAWAKBINTULU, 21 April- Dua individu, seorang wanita berusia 59 tahun...